Wednesday, February 18, 2009

Bergurau Boleh, Tapi Jangan Over Sangat Beb...




“Ya memang benar, bahkan tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah benar”.

“Apa yang benarnya?”.

“Kita banyak sangat bergurau tak tentu hala, over dan gelak tawa bagaikan terkena Histeria”.

“Maksud anta?”.

“Perasan tak, setiap kali kita bertemu mesti banyak diselangi olek gelak tawa, Over Joking dan tak kurang juga ada yang berlumba-lumba untuk mencipta ‘lawak bodoh’. Agaknya bangga meguasai diri apabila lawak mereka mendapat sambutan hangat”.

“Ya ana perasan. Kita banyak sangat bergurau dan kurang serius. Bagi ana ini adalah salah satu faktor masyarakat hilang Thaqafah terhadap para Da’ie ”.

“Hah? Bukan hilang Thaqafah sedare, tapi hilang Thiqah. Anta ni..nak buat lawak gak ker?”

“Tak, ana tak berniat macam tu pun. Lagipun kedua-dua bunyi lebih kurang jer..”

“Heheh istilah baru tu..hilang Thaqafah heheh”

Wasiat ke-6 al-Banna, jangan banyak bergurau

Janganlah bergurau kerana umat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara, demikian wasiat Hasan al-Banna.

 

 

Selepas mewasiatkan supaya kita tak banyak ketawa, maka asy-Syahid Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam yang benar-benar ingin berdakwah dan berjihad di jalan Allah agar tidak banyak bergurau dalam pergaulan sehariannya.

Menurut beliau, umat yang berjuang itu selalu sibuk bermuhasabah mengenai masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Masalah yang membelenggu umat Islam terlalu banyak, sedangkan mereka yang ingin menyelesaikan masalah tersebut tidak ramai.

Sekiranya umat Islam banyak bergurau maka sudah pastilah masalah-masalah umat Islam itu tidak mudah diselesaikan. Sebab itulah beliau menyeru kita agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

.

Bersungguh-sungguh


Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).

Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah s.w.t.

Mungkin kita tertanya-tanya, kenapakah Allah s.w.t sukakan Muslim yang bersikap tekun dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya? Mungkin.. salah satu sebabnya ialah kerana Tuhan sendiri bersikap tekun dan bersungguh-sungguh tatkala Dia mencipta makhluk dengan serba kesempurnaan.

Barangkali.. sebab itu juga Tuhan benci manusia yang 'mencacatkan' kesempurnaan ciptaanNya. Jika lelaki menukar jenisnya kepada wanita dan wanita pula menukar jenisnya kepada lelaki, maka hal itu termasuk dalam kategori 'mencacatkan' kesempurnaan.

Demikian juga.. kalau kita menukar wajah rupa paras muka bumi yang serba hijau dengan tumbuh-tumbuhan sehingga porak-peranda atas alasan pembangunan, maka berlakulah ketidaksempurnaan dengan kejadian bukit runtuh dan sebagainya.

Betapa berhati-hatinya Tuhan dalam penciptaanNya, dapatlah kita gambarkan menerusi al-Quran sendiri. Kerapkali disebut bahawa Allah s.w.t menyusun, mencipta alam ini dalam tempoh 6 hari, 6 masa atau 6 fasa. Hal yang sama turut diungkap pada awal-awal ungkapan sebagai yang tertera dalam Perjanjian Lama.

Oleh kerana, sikap berhati-hati, tekun dan bersungguh-sungguh ini adalah sifat Tuhan ketika menciptakan alam ini, maka sebab itulah Tuhan menyukai Muslim yang suka bersungguh-sungguh, tekun dalam menunaikan pekerjaannya.

Terzahir sikap kesungguhan Tuhan itu dalam menzahirkan penciptaannya, sehinggakan Dia mempertahan kewujudan makhluk ciptaanNya yang bernama manusia walaupun keputusan mewujudkan khalifah tersebut dipersoalkan oleh para malaikat.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [Al-Baqarah: 30]

Maka, sikap bersungguh-sungguh, tekun membuat pekerjaan itu bukan cuma terletak pada sikap suka menyempurnakan kerja kita sehingga selesai. Malah, jika pekerjaan kita yang baik itu disanggah orang, maka kita akan tentu berusaha keras mempertahankannya!

Macam mana pula resolusi di peringkat sahabat-sahabat sekalian?

“CLAP YOUR CHEST AND ASK YOUR FAITH(IMAN) NOT YOUR TASTE”






Ditulis Oleh : rijal88 // 3:33 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.