Firman Allah dalam Al-Quranul Karim yang bermaksud :
"Dan Tuhan mengeluarkan kamu dari perut ibumu tanpa kamu mengetahui suatu-apa pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur." (QS An-Nahl: 78
Dalil-dalil ini menjelaskan bahawa 'bersyukur’ adalah bahagian yang tak terpisahkan dari ibadah kepada Allah.
Hati yakin 100% nikmat itu daripada Allah, maka automatically bibir dan lidah yang seiring sejalan akan mengucapkan alhamdulillah tanda ucapan terima kasih kepada Sang Pencipta.
Pun begitu 'bersyukur'itu bukan hanya mengucapkan ‘hamdalah’ di bibir saja akan tetapi , hati,ucapan dan perbuatan itu harus seiring-sejalan.
Di Masjid Kolej Islam Malaya
Seperti kebiasaan selepas sahaja saya dan sahabat-sahabat yang lain menunaikan Solat Fardhu dan Sunat then kami akan melepak dibahagian belakang masjid. Yer, kami lepak bukan sekadar melepak tapi insyaallah lepak kami adalah lebih cenderang kepada ‘Sharing moment’ dan ’Exchange Information’. As usual, in order to strenghthen our Ukhuwwah we will eat together either at AIKA Cafe or Kak Noni Cafe besides to fill our Stomach.
Dalam kerancakan kami membincangkan masalah umat..cehh..kami telah di’interupt’ oleh satu announcement oleh Imam Masjid, Ust Abd Hamid mengenai fenomena alam yang membuktikan kekuasaaan Allah iaitu Gerhana Matahari bakal berlaku pada tersebut.
“Insyaallah pada pukul 4.30 petang nanti kita akan sama-sama menunaikan solat sunat gerhana matahari di masjid ini. Sebelum itu saya akan menerangkan tentang kafiat-kafiat yang berkenaan.....”.Exlain Ustad Hamid dengan panjang lebarnya.
Apabila sahaja menyentuh tentang fenomena gerhana matahari lantas mengingatkan saya tentang firman Allah swt yang bermaksud:
“Dia menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar; Dia memasukkan malam atas siang dan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yangditentukan, ingatlah! Dia yang maha mulia dan maha pengampun”.(Ar-Ra’du:5)
“Allahuakbar ‘Kusangkakan diri ini gergasi rupa-rupanya Si kerdil’. Betapa kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan nikmat dan kekuasaan Allah”.Saya menolog.
Lunch Di Kak Noni Cafe
“Insyaallah lepas ni sama-sama dapat turun ke masjid”. Uzair mengingatkan kami semua.
“Orait..orait aku setuju dengan cadangan mu. Tapi apa kata kalau kita gi makan dulu?, makan pun satu tuntutan ibadah juga kan?”. Sampuk Sabri.
“Cantik idea tu, sekarang ni pun 'my stomach is singing'. Kalau nak solat jap lagi pun tak khusyuk kalau perut kosong”. Saiful tidak melepaskan peluang dalam dialog kami. Lagipun beliau memang terkenal dalam kalangan kami sebagai seorang yang bermulut manis.
“Yela..yela, taktik lama tu. Eh, naim(panggilan lain untuk saya) hang try mesej Shai, ajak dia makan sekali ”.Hafiz mencelah tanda keperihatinan kepada sahabat lain.
“Beres, jom pi makan, dah lewat ni kang nasik habis pulak”. Saya bersuara memberi respon kepada Hafiz.
Kalau difikirkan kembali kita ni memang betul-betul beruntung kerana berada dalam comfort zone kerana di sini jauh daripada krisis makanan berbanding dengan sahabat kita di Somalia, Afghanistan, Iraq dan Palestin. Agak-agak apa yang sahabat kita makan disana? Adakah mereka mati kebuluran disana?. Ingatlah wahai sahabat-sahabiah seperjuangan sekalian kerana berada dalam comfort zon lah yang sering membuatkan kita sering lupa akan nikmat Allah swt. Muhasabahlahdiri...
“Mereka mengetahui nikmat Allah kemudian mereka mengingkarinya, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” QS. An Nahl : 83
0 comments:
Post a Comment