Monday, January 26, 2009

Rahmat Ujian




“Argh, Migrainku mengganas lagi, air mataku mengalir perlahan-lahan tanda menahan sakit yang bukan main kepalang lagi ”…sejak akhir-akhir ni migrainku semakin menjadi-menjadi.

“Adakah ini Rahmat dariNya tanda cinta kepada hambaNya atau ia sebagai Kifarat lantaran hati yang sering alpa kepadaNya?”..aku menolog mencari kepastian.

“Argh, Aku stress! Aku penat! Kenapa aku diuji sedemikian rupa? Kenapa ujian seberat ini? Bagaimanakah aku harus menghadapi semua ini? Apa yang aku dapat daripada semua ini? Kepada siapa harus aku berharap? ”. Bertalu-talu soalan menyerang hendap diriku.

Wahai sahabat-sahabiah seakidahku sekalian, seringkali kita lupa akan nikmat Allah berupa kesihatan,kemewahan,hikmah kebijaksanaan,masa muda belia sekaligus melupakan semua nikmat tersebut datangnya daripada Allah yang Esa apatahlah lagi diri akan merasai hidup bertuhan .Kontradiksinya, apabila diri kita ditimpa mehnah dan tribulasi seringkali kita menyalahkan Allah lantas menghanyutkan diri kita ke lautan kesesatan. Alangkah baiknya jika kita gunakan peluang tersebut untuk mengingati Allah dalam erti kata yang sebenar. Tidak begitu sahabat-sahabiah sekalian?

Sebenarnya ada Rahmat disebalik ujian. Bahkan Allah telah merakamkan Skema Jawapan di dalam Al-Quran kepada hamba-hambaNya yang mencari jawapan disebalik ujian.

Kita bertanya:

“Kenapa aku sering diuji?”

Al-Quran menjawab:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ’Kami telah beriman(I am full of faith to Allah)’, sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum kamu, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”.(Al-Ankabut:2-3)

“Kenapakah ujian seberat ini?”.

Al-Quran menjawab:

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesnggupannya”.(Al-Baqarah:216)


“Kenapa rasa Frust?”.

Al-Quran menjawab:

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”.(Ali-Imran:139)

“Bagaimanakah aku harus menghadapinya?”

Al-Quran menjawab:

“Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan kesabaran dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.(Al-Baqarah:45).

“Apakah yang aku dapat daripada semua ini?”.

Al-Quran menjawab:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri,harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka…”.(At-Taubah:111)

“Kepada siapa perlu aku berharap?”.

Al-Quran menjawab:

“Cukuplah Allah Bagiku, tidak ada tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal”.(At-Taubah”129)


Konklusinya, segalanya-galanya datang daripada Allah. Sesungguh “disebalik ujian terkandung padanya Rahmat Allah”.

Ditulis Oleh : rijal88 // 8:18 AM
Kategori:

3 comments:

Tintajihadi... said...

benar...disebalik ujian terkandung hikmahnya...hikmah yang direncana Allah buat hambaNya..bukan calang2 insan yang menjadi pilihan..bukan sebarang hadiah yang diberikan..tapi,sebagai tanda kasih, sayang dan cinta dariNya..
dan bukan sebarang insan yang mampu memahami makna pemberian Ilahi..tahniah buat yang mengerti..tahniah kerana kita diberi upaya dan kurnia untuk menyedari apa yang Allah kurniakan..kerana...semua orang mendapat ujian dan dugaan..tapi berlainan...berbagai2 bentuk dan keadaan..tapi tak ramai sedar, apatah lagi bersyukur dengan 'hadiah'Nya itu...
huh...'hadiah' yang cukup istimewa bahkan sukar untuk ditksirkan bagaimana istimewanya...
lantaran itu bersyukurlah menjadi hambaNya yang terpilih...salam

www//:mujahidatussyahidah.com said...

salamullahi'alaikum ya akhi,
ujian e2 adalah tanda kecintaan Allah pada hambaNya..cuba kita revise semula doa yang kita selalu baca,tiap2 hari bahkan setiap doa selepas solat yang kita dirikan..
'rabbana aatina fiddun ya hasanah,wa fil aakhirati hasanah,waqina 'azabannar '

sekadar ingin berkongsi,ana dahulu,sekarang dan InsyaAllah akan datang diuji dgn pelbagai cubaan hidup yang pelbagai..dulu,ana selalu mengatakan bahawa,'kenapa aku diuji,shbt2 lain bergembira sj dgn kehdpn mrk,aku,asyik tertekan dgn msl2 yg timbul..
teringat kata seorang kakak pada ana, "siapa kita u mempersoalkan pd Allah knp kita diuji? kita hnyalah hambaNya n x lyk u berkata sedemikian..kita jg selalu meminta2 pada Allah u menjadikan kita hasanah di dunia n akhirat..jd,Allah beri ujian pd kita krn e2 ygterbaik untk kita.."

kata2 ini sentiasa terpahat dlm hati ana dan menjadi kekuatan pd ana bila dilanda mslh..setiap yg berlaku ada hikmahnya..Allah Maha Mengetahui apa yg TERBAIK u nta..
kini,mslah adalah teman bg ana u ana lebih hampir padaNya.. bila xda mslah,ana rindu u ada mslh..e2 lah manusia..

ana nak suggest 1 pnawar yg mgkin boleh diamalkan bila migrain nta menyerang..penawarnya adlah zikrullah n selawat pd nabi..pejamkan mata n tenangkan hati..kosongkan pemikiran dan fokuskan hanya pada ALLAH swt..moga2 keberkatan dr selawat pd nabi bleh mengurangkan rasa kesakitan e2..

mg nta mencapai segala hajat ygmana kebaikannya meliputi agama dan seluruh isi dunia..'intansurullahayansurkum...'

a'asif 'ala kulli hal..
baarakallahufiik..

www//:mujahidatussyahidah.com said...

maaf la ada silap nahu bahasa arab tu..x faqih lg..

Followers

 
Powered by Blogger.