Sunday, January 25, 2009

HEART TO HEART: Keluhan Seorang Ibu @ 'Mak Guard'-(siri 1)


Boring

Tika itu Jam di tangan menunjukkan tepat jam 6.30 petang. Hati kecilku terus-menerus ‘memboncah’ dan meronta-ronta mencari ‘content’ yang berbentuk software ataupun hardware bagi menampung kelompangan di kalbuku. Tapi tak jua kutemui walaupun jauhku menerobos ke luar ‘Atmosfera ABC 123(no. bilikku)’.

“Allahuakbar, kenapa rasa kosong jer petang ni?”,(keluhan hati). Biasanya waktu begini jarang sekali orang study. Kalau nak main futsal atau bola sepak tak ada orang la pula.

“Ish, kenapa ‘empty’ jer kampus petang ni?kemana mereka semua pergi?takkan lah ‘Outing’ secara berjemaah kot”(hatiku terus diasak pelbagai persoalan).

“hah, lepak kat pondok ‘Guard’ jap”.(tiba-tiba ilham menjelma).

Permulaan Sebuah Bicara

“Hai mak cik jauh termenung. Agak-agak tengah fikirkan masalah umat ker mak cik”. Saya memulakan bicara.

“Takdelah adik...nih mak cik rasa kesunyian pula petang ni”. Balas mak cik.

“Eh samalah kita mak cik. Heh, heh, ada jodohlah kita nampaknya mak cik...”. Sedikit berseloroh.

“Ni adik kenapa tak balik lagi ni?semua orang dah balik pun. Orang bagi cuti pun tak nak balik ”.tanya mak cik.

“Hah? Cuti? Patutlah kosong jer ‘Mahallah’(asrama) hari ni. Allah, macam mana boleh tak ingat pula.”.

Perkongsian dan Keluhan

Sepanjang perbualan kami, mak cik banyak menyentuh tentang aspek ‘Hormat’. Saya dapat rasakan bahawa keluhan tersebut adalah benar-benat lahir daripada hati nuraninya sendiri. Apa yang menarik perhatian saya adalah fenomena kebiadapan yang melampau anak-anak muda terhadap golongan yang lebih tua, senang cerita student cfs iium dengan Pak Guard dan Mak Guard.

Antara kata-katanya yang begitu terkesan pada hati saya adalah:
“Tak kira lah yang pakai baju ketat ker, berjubah ker, seluar koyak kat lutut ker atau berkopiah pun sama saje. Semuanya tidak pandai jaga hati orang tua. Ye la mak cik ni pun hanya mak guard jer, bukannya mak diorang. Tapi sebagai kaum ibu, mak cik pun ada perasaan dan layak dihormati dengan seadanya”.Luah mak cik tersebut dengan sedikit sembak didada.

Mengapakah situasi tersebut boleh berlaku? Dimanakah hilangnya nilai hormat kita kepada golongan yang lebih tua?Adakah mak cik tersebut hanya menegakkan benang yang basah sahaja?Ataupun memang benar hilangnya sifat-sifat Mahmudah dalam diri kita lantaran dikuasai oleh musuh lahir dan batin? ‘Please clap your chest and ask your faith’...

Tidakkah kita lupa bahawa

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa, dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu ia bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Resolusi


1-Hormatilah mereka yang lebih tua dan kasihilah mereka yang lebih muda dan sebaya dengan kita.
2-Sebarkanlah salam kerana padanya tersimpan tautan hati dan keterikatan ukhuwwah.
3-Seterusnya terpulanglah kepada anda sendiri.

Ditulis Oleh : rijal88 // 12:49 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.