Sunday, January 25, 2009

Jom Pi Masjid....


Experience
Sehingga kini saya masih teringat kata-kata sahabat karib saya merangkap ‘Village Mate’ yang mana kata-kata tersebut boleh diaggap ‘Islamic Humor’ bagi mereka yang tidak ‘Faham’ tetapi suatu kiasan pedas bahkan lebih pedas daripada 'Kari Mamak' kepada mereka yang faham. Ikutilahlah Hiwar(Dialog) kami;

“Sheikh, agak-agaklah anta ni dah ‘Mumayyiz’ ke belum?”,Tanya beliau.

“Isy anta ni, mestilah dah”,jawab ana(dalam keadaan tercengang) .

“Apa yang anta faham tentang Mumayyiz?”,Tanya beliau(sambil senyum).

“Bagi ana Mumayyiz tu kita dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Tapi peringkat kita sepatutnya dapat membezakan antara yang yang lebih awla(utama) dan sebaliknya”,jawab ana(dengan sedikit rasa tercabar).

“OOO jadi senang cerita anta faham la pe maksud Mumayyiz berdasarkan pengertian anta?”,sampuk beliau.

“Tapi agak-agak antalah yang mana lebih baik antara solat jemaah kat masjid dengan solat kat rumah, lebih-lebih lagi rumah dekat dengan masjid?”,Tanya beliau(dengan sedikit sindiran).

“Aduih pedihnyer…Ana surrender Sheikh, syukran sheikh, tinggi sungguh ‘Balaghoh’(kiasan) anta, walaupun tajam macam pisau Gillete tapi agak terkesan pada diri ana”,jawab ana(tunduk tanda malu).

Renungan Bersama

Wahai sahabat-sahabatku sekalian tak malukah kita yang mengaku sebagai Du’at dan pendokong Islam tapi mengabaikan kewajipan-kewajipan yang dipandang lekeh. Realitinya, apabila diajak ber’Demo’ dan bersukan so kitalah yang menjadi ‘Front Liner’ tapi bila diajak menghadiri program-program Rohani seperti Qiyamullail, majlis-majlis ilmu,majlis zikir dan liqa Taffaqquh maka kitalah menjadi ‘Last Liner’ atau lebih buruk lagi tak participate langsung.



Baik berbalik kepada topic asal, cuba renungkan berapa kalikah setiap hari kita sempat solat berjemaah dimasjid paling tidak pun termasuk ‘second liner’ atau ‘third liner’? ataupun hanya seminggu sekali itu pun semasa Solat Jumaat.
Wahai jiwa-jiwa yang sedar, tidak malukah kita kepada anak-anak kecil atau warga veteran yang begitu setia dengan masjid tapi tidak pula kita yang megah mengaku sebagai pendokong islam tapi seolah-olah tidak faham atau ‘Ibarat Tin Kosong’.

Tahukah Anda Semua

Petikan dari Buku Sunnah Rasulullah SAW Tentang Solat karangan Dr Mahfuz Ibrahim Farj

Digalakkan mengerjakan solat berjemaah kerana di dalam jemaah akan terjalin hubungan antara solat seseorang dengan imamnya. Perintah berjemaah dijumpai di dalam Al-Quran, AI-Hadis dan ijmak ulama.

Firman ALlah s.w.t; maksudnya:-

"Dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu".(An-Nisaa 102)

Ayat itu menerangkan cara mengerjakan solat berjemaah di dalam keadaan perang. Jikalau di dalam keadaan perang atau darurat pun masih dijuga disuruh berjemaah, bererti dalam keadaan aman lebih digalakkan lagi.


Daripada Abu Hurairah r.a bahawaNabi s.a.w. bersabda;

"Solat seseorang yang dikerjakannya secara berjemaah, dua puluh lima kali lebih baik daripada solat yang dikerjakannya di rumahnya atau pasarnya".

Dan hadis dari Umar (hadis marfu');

"Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.Ijmak ulama sejak zaman dahulu sampai sekarang bahawa berjemaah memang digalakkan".

So, apa Resolusi anda semua?


“AYUH, JOM KITE PAKAT GI SOLAT JEMAAH KAT MASJID”

Ditulis Oleh : rijal88 // 9:23 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.