Sunday, January 25, 2009

DI SEBALIK KALIMAH CINTA ADA RAHSIANYA-(siri 1)



Sabda nabi muhammad S.A.W yang bermaksud:-
“ Ya tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadamu dan cinta kepada orang yang mencintai dirimu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadamu”(HR Tirmidzi)

Cinta boleh diinterpretkan sebagai title yang ‘terbungkus’ kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat ‘shy-shy’, berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa.

Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan meninggalkan effect cakaran yang konfius dimana-mana. Dengan itu, menjadikan cinta itu sendiri memerlukan pentaksiran dan perincian agar kita tidak tergelincir ke lohong kesesatan.

Tahukah anda semua, disebalik kata cinta bererti kasih sayang dan tersembunyi padanya perasaan rindu seterusnya mendorong seseorang untuk mencapainya walaupun menongkah samudera duka.


Dengan kata lain, cinta adalah kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang dilihat, dikira dan dirasa dengan baik. Manakala cinta Allah kepada hamba-Nya adalah berbentuk redha-Nya dan rahmat-Nya kepada diri mereka, yang disertai dengan kebaikan-kebaikan Allah terhadap para hamba tersebut. Sedar atau tidak, semakin besar ujian Allah pada hambanya yang soleh bererti semakin tinggi nilai cintanya kepada hamba-hambanya.

Wahai sahabatku yang dikasihi sekalian, sepatutnya cinta seorang hamba kepada Allah adalah dalam bentuk ‘penta’dziman’ (pengagungan) kepadaNya, yang berwajah dalam perilaku ketaatan, kebaktian dan rasa tunduk yang tulus ikhlas dalam menjalankan amal ibadah dan ubudiyah kepadaNya.
To Be Continue…

Ditulis Oleh : rijal88 // 9:17 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.