Sunday, January 25, 2009

DEMONSTRASI: Antara Kefahaman Dan Semangat



Salam demonstrasi buat sahabat-sahabiah yang terlibat secara langsung dalam event tersebut dan tidak lupa juga buat mereka yang belum berpeluang untuk mengikutinya.
Masih terngiang-ngiang lagi di corong telinga saya tentang kata-kata sahabat saya, beliau ialah seorang yang berjiwa besar dan saya amat menghormati beliau.

Katanya,”Hanya mereka yang berjiwa pemberani, fikiran yang terkehadapan dan sanggup Tadhiyyah sahaja yang akan ‘participate’ dalam demonstrasi”.
“Dan hanya mereka yang ‘Coward’ tidak ‘alert’ dengan masalah Ummah, tidak faham Manhaj perjuangan dan ilmu yang cetek yang sahaja yang sengaja mengelakkan diri daripada ‘Demo’ ”,sambungnya lagi.

Wah, sungguh lantang sahabat kita bersuara. Tidak dinafikan bahawa apa yang beliau sampaikan ada betulnya dan sebaliknya.Tapi persoalannya adakah beliau juga didasari oleh semangat semata-mata ataupun kefahaman.

Firman Allah:

“Ya, Tuhanku, Tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”.(Taha:114)


Baru-baru ini sengaja saya meng'create'kan satu ‘Polemik’ dalam kalangan sahabat-sahabiah tentang ‘effect’ demonstrasi terhadap setiap individu dalam jangka masa yang panjang. Sesungguhnya, tidak sesekali ingin melihat ‘Ukhuwah’ antara kita semua menjadi ‘Havoc’ and 'break'.

Firman Allah:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu”.(As-syams:9)

Tujuan sebenar saya mencipta ‘Biah’ tersebut adalah:
1- Dapat kejutkan mana-mana individu yang still ‘Hibernasi’(tidak mempedulikan isu semasa dan masalah umat).
2- Boleh melihat bagaimana sikap sahabat-sahabiah dapat meng’Handle’ perbezaan pendapat(Ego?lapang dada?sikap berkecuali?).
3- Memberikan peluang kepada sahabat-sahabiah membentangkan hujah dan pendapat masing-masing yang sebelum ini dikunci rapat dalam peti besi Kalbu.
4- Perlunya kita sebagai Jundullah mengetahui secara Sahih tentang sebab, kesan, faedah dan mudharat dalam setiap perkara yang kita lakukan. Bukannya semberono semata-mata.
5- Diakhirnya nanti, saya ingin sekali melihat ‘Resolusi’ yang praktikal dalam jangka masa panjang daripada anda semua dan bukannya ‘Retorik’ semata-mata.


Sebaliknya senario yang berlaku sebenarnya adalah ramai dalam kalangan sahabat-sahabiah yang join ‘Demo’ atas dasar semangat semata-mata dan bukannya daripada kefahaman yang jelas. Sedar atau tidak, akibat meletakkan semangat sebagai ‘Main Engine’ dalam sesuatu tindakan tidak membuahkan hasil yang positif dalam jangka masa yang panjang.
Pun begitu, tidak dinafikan bahawa semangat boleh dijadikan sebagai ‘Catalyst’ tetapi tidak boleh menjadikankan ia sebagai ‘Main Matter’.
Sebaliknya, dengan kefahaman yang jitu adalah tidak bersifat sementara dan bertempat, bahkan bila-bila masa dan ketika sekalipun impaknya akan nampak dan dapat dirasai secara nyata dan bukannya berterbangan dialam fantasi.

Sepatutnya apa yang diharapkan daripada impak ‘Demo’ adalah seperti:
1- Menuntut ILMU walau dalam keadaan macamana sekalipun. Lihat sahaja sahabat-sahabiah kita di Palestin ramai yang berjaya dalam pelbagai aspek walaupun berada dalam kancah peperangan dan dihimpit dengan pelbagai tekanan.
2- Meningkatkan TSAQAFAH dengan menghadiri kuliah-kuliah agama, pelbagaikan pembacaan agar tidak mudah dipergunakan oleh musuh zahir dan batin.
3- Memantapkan amalan RUHIYYAH seperti solat berjemaah di masjid,zikir harian,hafaz al-quran dan sebagainya. Sedarkah kita bahawa antara ciri-ciri pemilihan Mujahid HAMAS adalah daripada ‘Syabab(pemuda)’ yang tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid,hafaz al-quran dan hadis,sentiasa menjauhui maksiat zahir dan batin dan tidak pernah ‘Miss’ Qiyamullail sejak mereka ‘Aqil Baligh. Agak-agaknya kita layak tak?
4- Menunaikan segala tuntutan Fardhu ‘Ain seperti menunaikan Hak sebagai hamba,khalifah,anak,student,suami,isteri,ayah,ibu dan sebagainya.
#Diakhirnya, apakah RESOLUSI anda pula?

Pesanan Buat Sahabat-Sahabiahku yang Tercinta:
*Cuba fahami secara mendalam sesuatu ISU agar tidak timbul masalah Emosional,tindakan kurang rasional dan sekaligus cuma memahami “Kulit Diluar Tapi Tidak Isi Didalam”.
*Apa yang diharapkan oleh saya adalah ‘resolusi’ yang besifat ‘Permanent’ tapi ‘Flexible’ mengikut kesesuaian ‘Kondisi’ dan bukannya bersifat ‘Temporary’ dan ’Retorik’

Wassalam.

Ditulis Oleh : rijal88 // 9:03 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.