Sunday, January 25, 2009

Menyingkap Rahsia Kemenangan HAMAS dan Kekalahan Zionis




Ayuh, sahabat-sahabiah sekalian marilah sama-sama kita mengbongkar ‘Rahsia’ kemenangan HAMAS. Bukalah mata dan bukalah minda anda semua.

Firman Allah swt:

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong(Din) Allah. Nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu”.(Muhammad:7)

Gencatan senjata yang diuar-uarkan oleh tentera rejim Yahudi mempunyai beberapa maksud yang tersembunyi. Pelbagai alasan yang diberikan rejim Yahudi terhadap tindakan mereka tersebut, di antaranya ialah bagi menghormati majlis pelantikan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat. Namun akhirnya, pekung di dada rejim Yahudi terbuka juga.

Faktor yang jelas menunjukkan mengapa mereka menghentikan serangan ialah Hamas menjadi semakin kuat, gagal mengesan tentera Hamas, kematian 80 orang tenteranya dan tentera rejim Yahudi yang semakin penat dan keletihan. Keadaan tersebut jelas sekali menunjukkan bahawa tentera rejim Yahudi telah kalah dalam peperangan tersebut. Namun mereka tetap sempat memprovokasi masyarakat antarabangsa dengan menyatakan bahawa mereka menang dalam pencerobohan tersebut.

Firman Allah swt:

“Tidak akan sesekali orang-orang Yahudi dan Nasrani kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka”.(Al-Baqarah:120)

Fenomena ini telah menunjukkan sifat sebenar Yahudi iaitu mempunyai hati tikus. Mereka berani menyerang Hamas hanya kerana mereka mempunyai sokongan kuat dari Amerika, mempunyai kelebihan dari aspek persenjataan, kekuatan tentera yang jauh lebih ramai dari Hamas serta kemampuan untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui propaganda bohong mereka.

Benarlah Firman Allah swt:

“Sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu. Bahkan lebih keras daripada itu. Padahal antara batu-batu itu ada yang bersinar dan air sungai mengalir dicelahnya. Ada juga antara batu itu yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah. Sedangkan Allah tidak pernah lalai daripada memerhatikan apa yang kamu kerjakan”.(Al-Baqarah:74)

Ditulis Oleh : rijal88 // 8:43 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.