Tuesday, January 22, 2013

CATATAN 11: I LOVE DATO’ SERI NAJIB

Saya amat sedih kerana tidak berpeluang untuk turut sama dengan Dato' Seri Najib (PM Malaysia) dalam siri lawatannya ke Kelantan tempoh hari.


Saya juga amat terharu kerana kesanggupan PM untuk 'Mencemarduli' melawat Kelantan yang serba 'Dhaif, Miskin, Busuk dan Melarat' dan memberi 'Taujihat(kata-kata semangat)' beliau yang terakhir.

Saya kira, beliau telah memberikan 'Nafas Baru' kepada Rakyat Kelantan yang sekian lama melarat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang sedia ada.

Rasa kagum dan takjub dengan '7 Projek Mega di Kelantan' dijanjikan jika BN berjaya menawan Kelantan melebihi negeri-negeri lain:

1-Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu

2-Membina Stadium Baru

3-Mengatasi Masalah Air

4-Membina 3,000 Rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA)

5-Membina UiTM Bandar Kota Bharu

6-Membina Masjid Negeri Terbesar

7-Menyediakan Perkhidmatan Bas Rapid Kota Bharu

Saya silap memahami 'Aspirasi PM' selama ini. Sesungguhnya, PM tidak pernah meminggirkan Rakyat Kelantan.

Natijahnya, saya tidak sabar untuk mengundi buat 'Kali Pertama' sebagai rasa syukur dan membalas jasa beliau.

Masakan tidak.

Sejarah telah mencatatkan bahawa:

1-Hingga kini 118 projek di bawah Kerajaan Persekutuan yang telah diluluskan di Kelantan dibeku angkara politik.

2-Lebuhraya Kuala Krai dan Kota Bharu telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dan diluluskan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 -2010) dan sekarang janji yang 'Diulang Suara Untuk Dimungkiri'.

3-Dimanakah kemajuan East Coast Economic Region (ECER) di Kelantan khususnya seperti yang diwar-warkan.

4-Dinafikan hak royalti Petroleum (RM12 billion) tidak seperti termaktub dalam perjanjian pada 1974.

5-Jumlah tersebut: RM50 juta kos pembinaan masjid ikonik, RM2 billion untuk lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya tidak sampai RM12 billion berbanding tuntutan Kelantan terhadap royalti Petroleum.

"Seorang Bapa yang kaya raya berjanji kepada anaknya untuk memberikannya nafkah (biarpun itulah kewajipannya) setelah selama ini mengabaikannya. Jika si anak itu menyokong dia melakukan kemungkaran."

Fahami realiti, keperluan dan aspirasi rakyat.

-Kebangkitan Rakyat Pemangkin Transformasi Negara-

Rijal88
4.15 Pm, Selasa, 22 Januari, 2013
UIAM GOMBAK

Ditulis Oleh : rijal88 // 4:19 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.