Wednesday, January 23, 2013

CATATAN 12: BELAJAR BERLAPANG DADA DARIPADA NABI YUSUF A.S.

Umum mengetahui bahawa Nabi Yusuf AS menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman kekanda-kekanda baginda lantaran sifat dendam dan iri hati yang meluap-luap.


Saya begitu takjub dengan satu peristiwa di mana Nabi Yusuf AS bercerita sejurus bertemu ayahanda tercinta setelah sekian lama terpisah:

"Ayahanda, inilah interpretasi mimpiku. Pemeliharaanku telah menjadikannya benar. Dia telah berbudi kepadaku apabila Dia mengeluarkanku dari penjara. Dia mendatangkan ayahanda dari gurun setelah syaitan menyisihkan antaraku dengan saudara-saudaraku. Pemeliharaanku halus terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana"

Subhanallah, perhatikan.

Baginda sedikit pun mengungkit keperitannya dizalimi dan dihumban di dalam perigi oleh abang-abangnya yang begitu iri hati padanya. Rentetan daripada itu, baginda dijadikan hamba untuk dijual di pasar hamba. Kemudian pula diuji dengan fitnah dan godaan daripada Siti Zulaikha. Bahkan, dipenjara dengan kehendak dan permintannya, demi menjaga kesucian diri.

Kita?

Suka untuk saya menasihati. Mudah-mudahan di sana kita beroleh manfaat hasil daripada saling menasihati.

Asam garam dalam hidup berkeluarga, bersahabat dan bermasyarakat seringkali diri dicalit dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. Kekadang diri juga diuji dengan hasad dan pertimbangan tidak adil daripada mereka disekeliling kita.

Seolah-olah itu menjadi sebab kita membawa diri, makan hati dan terbeban dengan kecamuk emosi dan remuk hati. Lebih parah fikiran mula menghukum, hati tekad berdendam dan tindakan zalim dihalalkan.

Saya dan sahabat.

Buat yang terasa dizalimi. Sentiasalah berlapang dada dan bersangka baik dengan saudara mara dan sahabat handai. Selidikilah setiap sudut berita yang sampai. Jangan sampai kitalah yang sebenarnya yang zalim. Lantaran mengikut hati yang dipacu nafsu bukannya iman.


Yang mengzalimi tanpa sengaja. Jangan pula kerana 1 kesilapan daripada sahabat, mengharamkan terus 100 kebaikannya selama ini. Bersatunlah dan beradab dalam bersahabat. Tutup aib sahabat dan belalah mereka jika mereka dizalimi. Turutilah sunnah Raasulullah dalam bersahabat.


Rijal88
12.15 PM, Rabu, 23 Januari, 2013
UIAM GOMBAK

Ditulis Oleh : rijal88 // 12:29 PM
Kategori:

Followers

 
Powered by Blogger.