Sunday, January 20, 2013

CATATAN 10: BETAPA RUGI DAN MENYESALNYA BELAJAR DI UIA




"Huh, betapa menyesal dan ruginya belajar di UIA....."

Beberapa hari lepas- Antara keluhan sahabat saya yang sedang menyempurnakan Viva Phdnya. Dan tidak berhenti di situ. Beliau menyambung kata-katanya;

"...kalau lah sepanjang belajar di sini tak manfaatkan untuk..."

Ini antara senarai yang dinyatakan beliau. Merupakan suatu khazanah di bumi UIAM yang perlu kita terokai dan menjadi sebahagian daripadanya.

[1] Menghadiri ke majlis-majlis Ilmu. Saya bersetuju dengan ungkapan ‘The Garden Knowledge and virtue’ yang sinonim dengan UIAM. Buktinya, majlis-majlis ilmu dapat diakses dengan mudah baik di dalam UIAM mahupun di sekitarnya. Bermula daripada pengajian secara bertalaqi, diskusi intelektual, forum dan halaqah.

[2] Berguru dengan ramai Ilmuan dan para intelek. Sangat bertuah kerana berpeluang berguru dengan ramai Ilmuan yang pakar dalam bidang tersendiri. Masakan tidak, pelbagai bidang, pengkhususan dan pakej ditawarkan. Hanya keputusan terletak pada kita- sama ada mahu atau tidak.

[3] Solat berjemaah. Kerana kedudukan Masjid yang strategik dan semua Kuliyyah dan kolej kediaman menyediakan Musolla. Amat malang bagi mereka yang tidak memanfaatkan kudrat dan peluang yang mereka miliki untuk meraih ganjaran yang besar disisi Allah- Dengan solat berjemaah di masjid.

[4] Menguasai pelbagai bahasa. Terutamanya 'English' dan 'Arab'. Saya yakin dan percaya, biarpun mereka yang mula-mula melangkah ke UIAM ini teruk dalam bahasa Inggeris. Selang beberapa ketika, mereka mampu menguasainya dengan baik.  Namun, hanya yang benar-benar ikhlas, penuh keazaman dan usaha berterusan dapat memperolehi manfaat ini.

[5] Bergabung dengan mana-mana Jemaah dan Dakwah Society. Suatu kerugian bagi mereka tidak pernah bergabung dengan mana-mana Jemaah di sini. Ini bukan soal mahu atau tidak. Ini adalah merupakan tuntutan yang wajib dipikulkan dipundak setiap daripada kita.

[6] Berkenalan dan bersahabat dengan ramai orang dari pelbagai negara dan bangsa. Di sini bermulanya jaringan ukhuwah yang merentasi pelbagai Negara dan bangsa. Manfaatkan untuk bersahabat dengan saudara seakidah kita seramai mungkin.

[7] Kuasai pelbagai kemahiran dan kepakaran. Ceduk sebanyak mungkin skil dan pengalaman yang ditawarkan di UIAM. Kelak ia pasti akan bermanfaat dikemudian hari.  

[8] Mencari pasangan. Merupakan suatu Rahmat apabila di sinlah tempat kita bertemu jodoh. Kerana lahirnya kita daripada Madrasah Pendidkian yang sama- melalui semua tingkatan yang disebutkan diatas.

Dan yang masih berpeluang menjadi sebahagian 'Big Family IIUM', manfaatkanlah sebaik-baiknya.


Rijal88
11.30 am, Sabtu, 20 Januari, 2013
UIAM GOMBAK


*picture source: Picture source: http://avatarrhotel.com/places_to_see

Ditulis Oleh : rijal88 // 11:34 AM
Kategori:

1 comments:

cikguzim said...

Sy banga jd warga uia

Followers

 
Powered by Blogger.