Saya amat sedih kerana tidak berpeluang untuk turut sama dengan
Dato' Seri Najib (PM Malaysia) dalam siri lawatannya ke Kelantan tempoh hari.
Saya juga amat terharu kerana kesanggupan PM untuk 'Mencemarduli'
melawat Kelantan yang serba 'Dhaif, Miskin, Busuk dan Melarat' dan memberi
'Taujihat(kata-kata semangat)' beliau yang terakhir.
Saya kira, beliau telah memberikan 'Nafas Baru' kepada Rakyat
Kelantan yang sekian lama melarat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan
yang sedia ada.
Rasa kagum dan takjub dengan '7 Projek Mega di Kelantan'
dijanjikan jika BN berjaya menawan Kelantan melebihi negeri-negeri lain:
1-Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu
2-Membina Stadium Baru
3-Mengatasi Masalah Air
4-Membina 3,000 Rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA)
5-Membina UiTM Bandar Kota Bharu
6-Membina Masjid Negeri Terbesar
7-Menyediakan Perkhidmatan Bas Rapid Kota Bharu
Saya silap memahami 'Aspirasi PM' selama ini. Sesungguhnya, PM
tidak pernah meminggirkan Rakyat Kelantan.
Natijahnya, saya tidak sabar untuk mengundi buat 'Kali Pertama'
sebagai rasa syukur dan membalas jasa beliau.
Masakan tidak.
Sejarah telah mencatatkan bahawa:
1-Hingga kini 118 projek di bawah Kerajaan Persekutuan yang telah
diluluskan di Kelantan dibeku angkara politik.
2-Lebuhraya Kuala Krai dan Kota Bharu telah diluluskan dalam
Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dan diluluskan semula dalam Rancangan
Malaysia Ke-9 (2006 -2010) dan sekarang janji yang 'Diulang Suara Untuk
Dimungkiri'.
3-Dimanakah kemajuan East Coast Economic Region (ECER) di Kelantan
khususnya seperti yang diwar-warkan.
4-Dinafikan hak royalti Petroleum (RM12 billion) tidak seperti
termaktub dalam perjanjian pada 1974.
5-Jumlah tersebut: RM50 juta kos pembinaan masjid ikonik, RM2
billion untuk lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya
tidak sampai RM12 billion berbanding tuntutan Kelantan terhadap royalti
Petroleum.
"Seorang Bapa yang kaya raya berjanji kepada anaknya untuk
memberikannya nafkah (biarpun itulah kewajipannya) setelah selama ini
mengabaikannya. Jika si anak itu menyokong dia melakukan kemungkaran."
Fahami realiti, keperluan dan aspirasi rakyat.
-Kebangkitan
Rakyat Pemangkin Transformasi Negara-
Rijal88
4.15 Pm, Selasa, 22 Januari, 2013
UIAM GOMBAK
4.15 Pm, Selasa, 22 Januari, 2013
UIAM GOMBAK
1 comments:
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment