Thursday, January 17, 2013

CATATAN 7: KERANA AKU INI MANTAN MPP UIAM



Kali ini suka untuk saya berkongsi rasa tentang sedikit pengalaman daripada 'Sesi Temuduga'.


Ya, berhadapan dengan 3 buah 'Company Bumiputera (Kerajaan)' dalam sesi temuduga sememangnya menjanjikan keunikan tersendiri, lubang hidung pun mampu tersenyum riang dan boleh tersenarai antara '7 Perkara Ajaib di Dunia', berbanding 4 buah 'Company Non-Bumiputera (Private)'. 


Kenapa tidak, jauh bezanya antara Company Bumiputra dan Non-Bumiputra dari aspek professionalisme, Competitive, Management, Corporate Identity, Accountability dan Visinya.


Di Company Bumitputera, antara kenyataan yang boleh saya kategorikan sebagai 'Cerdik Tahap Dugong' adalah:


"Kamu sokong parti mana? Bila saya review Resume kamu. Kamu adalah bekas MPP UIA. MPP UIA ni pro-pembangkang. Kamu ni pro-pembangkang ke? Muka pun da macam orang PAS."


"Kalau kamu sokong BN, saya boleh jamin kedudukan kamu disyarikat ini."


Berbanding soalan genius dan profesional daripada Company Non-Bumiputera :


"Impress, former SRC!. Must be great in leadership and public relation skill. Then, what is special about yourself? How you can convince us to be accepted? How you can contribute into this company? If you selected, what is you aim within 5 years?."


"If your performance is good, I will absorb you as permanent staff. About salary will be negotiable based on your performance."


Inilah gambaran kepincangan dalam pengurusan dan pentadbiran dalam sektor kerajaan. Kroni, 'Cable' dan penyokong tegar sesuatu Parti menjadi Benchmark kepada sesuatu penilaian. Runtuhnya institusi koporat, lantaran aspek penting seperti pencapaian, pengalaman, ketokohan, skil, professional dan kompetensi tidak diambil kira sebagai tanda aras utama.

Ini adalah realiti yang mewajibkan kita semua untuk perjuangkan.



Rijal88
12.20 p.m, Rabu, 17 JANUARI 2013,
LIBRARY UIAM GOMBAK
.










Ditulis Oleh : rijal88 // 12:11 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.