Wednesday, October 17, 2012

CATATAN 1: MUSLIMAT

Asma’ r.a pernah bertanya:


“Wahai Rasulullah, bukankah engkau diutus oleh Allah untuk kaum lelaki dan juga wanita? Mengapa sejumlah syariat lebih berpihak kepada kaum lelaki? Mereka diwajibkan berjihad tetapi kami tidak, mereka diwajibkan melaksanakan Solat Jumaat tetapi kami tidak, mereka diperintahkan menghantar jenazah sedangkan kami tidak.”

Rasulullah s.a.w. terpegun atas pertanyaan wanita itu lantas berkata kepada para sahabat:

“Perhatikanlah betapa bagusnya pertanyaan wanita ini.”

Baginda menjawab:

“Wahai Asma’! Sampaikanlah jawapan kami kepada seluruh wanita di belakangmu, iaitu apabila kamu bertanggungjawab dalam rumah tangga dan taat kepada suami, kami dapat semua pahala kaum lelaki itu”.

Jelas di sini bahawa beberapa ‘Hikmah’yang dapat kita rumuskan bersama melalui hadis di atas, antaranya:

[1] Perlu difahami bahawa sememangnya terdapat perbezaan hak dan tanggungjawab sama ada pada Ibadah dan Seni Perhubungan antara Lelaki dan wanita.

[2] Wanita turut mempunyai ‘Suara’ dan ‘Ruang’ dalam menuntut hak-hak mereka.

[3] Rasulullah telah mengiktiraf peranan dan keberadaan wanita seperti; suara mereka didengar, peranan mereka diiktiraf dan hak mereka ditunaikan.

[4] Wanita akan sentiasa dipandang mulia dalam apa pun peranan mereka baik sebagai anak, isteri, ibu dan pekerja selagi mereka memelihara maruah dan kehormatan.

[5] Keperluan Golongan Wanita turut berperanan di Arena Dakwah dengan ‘Pembinaan Karakter Muslimah’ yang menjadi ikon semua seperti keterkinian(up-to-date), menguasai isu-isu kewanitaan, terkehadapan, serta masih tetap memelihara penampilan diri. Mereka perlu memanfaatkan segenap ruang dan seluruh paltform  yang sedia ada.

Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata:

“Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya.”

Wanita adalah ‘Madrasah Pertama’ yang pasti dilalui oleh semua insan. Emosi, keilmuan, pemakanan, ibadah, keintelektualan , hati dan iman mereka mempengaruhi karakter-karakter generasi akan datang.



Rijal88
2.15 a.m, Rabu, 17 Oktober 2012,
UIAM GOMBAK.

Ditulis Oleh : rijal88 // 2:06 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.