Thursday, December 2, 2010

FLASHBACK

Sekian lama aku tidak menggunakan perkhidmatan Awam di Wilayahku. Maka hari ini, aku cuba bertukar angin dan selera. Sengaja tidak menggunakan self-transport sebagai pilihan. Dan memang hobiku suka berderak-derak(bersiar2) secara solo. Namun tak banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di Bandar ini. Bandar yang dijuluki dengan gelaran ‘Bandar Cowboy’.


Apa tidaknya, selepas jam 9 malam, lihatlah suasananya sama sahaja dengan suasana di UIAM, pada ketika selepas waktu subuh. :-P


“ Aman, damai dan harmoni. Tiada gegak gempita”


Usai berderak-derak disekitar Bandar dan disekitarnya. Aku membuat keputusan untuk terus pulang ke rumah. Di sana Bondaku menunggu bersama ‘Hidangan Siang’nya. Namun aku…


Terfikir sejenak, hingga kini aku masih berkira-kira untuk menjenguk sekolah lamaku, Sekolah Kebangsaan Hamzah(1). Kiranya 10 tahun aku meninggalkannya, tanpa menoleh kepadanya apatah lagi melangkah kembali kedalamnya.


Di sana, Nostalgia hitam belum sepenuhnya padam, luka dalam yang belum benar-benar sembuh dan cacian dan cemuhan yang belum dituntut. Seingat aku, tiada memori yang manis melainkan yang pahit. Tempat yang pernah melahirkan Raksasa Kecil yang amat pendendam dan mudah meledak.


“Lagenda 2 Budak Nakal”.


Jawatan yang pernah disandang. Dua budak yang selalu dicemuh dan dimarahi. Tanpa mereka mengerti sepenuhnya. Hanya kerana kenakalan mereka yang berstatus budak. Minda budak yang belum memahami sebab dan akibat pada minda dewasa.


Seakan-akan sekolah itu dan warganya meneriakkan padaku.


“Datangmu tidak diundang, jika ragu sila pulang”


Namun semua itu tinggal sejarah. Ya, sejarah yang mematangkan. Ia sebahagian daripada ‘Kronologi Tarbiyah’ .


*******


Hari selasa lepas aku dimarahi tanpa sebab. Ya, tanpa sebab yang aku sendiri pun tidak memahaminya. Terkial-kial mencari punca dan sebab.


Aku mangsa keadaan kah? Atau Tarbiyah langsung dariNYA? Ataupun aku perlu memahami dan membenarkan kata-kata ini:


“Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali”


Diperjalanan pulang. Kiranya aku bernasib baik, setibanya aku di Bus Station, bas ke tempat ingin ku tuju telah pun tiba. Dihadapanku seorang Pak Cik Tua bersusah-susah memikul guni-guninya kedalam bas. Aku kira sebanyak 5 guni yang sarat dengan muatan. Hanya mata-mata disekitarnya yang melihat. Tidak bergerak sama menolongnya. Maka, aku bersuara.


“Pok Cik, meh sini sayo tolong angkat barang2 pok cik”


“Aaah, Xpayoh aku bleh angkat sdiri!!”


“Mu ingat aku tuo gini, Xleh barang2 aku sdiri ko?!”


Aku tercengang. Speechless…Nak tolong pun tak boleh?.


“Dop Pok Cik, gini, sayo nak tolong jah…”


“Dah2 aku buleh buat sdiri. Bakpo mu nk susoh2 nyo!?”


Uisy makin meninggi suaranya. Masih bersuara lantang biarpun di usia lewat 70an(pada perkiraanku).


“Xpo la kalu gitu gak. Huhu, kalu pok cik nak suruh sayo tlg royak dah”..:-)


“Abe, sayo tlg bayar deh tiket ko pok cik tadi”


“Hoi! Mu igt aku xdop duit ko nk byr tiket bah??!”


Kelihatan pak cik itu merenung tajam ke arahku, sambil tangannya teraba2 mencari sesuatu di poket baju dan seluarnya. Cari wallet agaknye. Wallet yang tidak wujud.


“Xpolah..sayo tlg byr ko pok cik”


Pak cik itu beralih kedudukan dan duduk disebelahku.


“Maaf lah pok cik kecek kasar tadi dah. Jgn amek hati. Biaso lah ore tuo pom pok cik ni nyanyuk doh. Tunggu nak mati jah”


“Tapi igt 2 prkaro jah pok cik nak pesan. Pertamo, Hidup jgn sesekali jadi beban pada org lain. Keduo, buat kerja jgn sparuh jale(Don’t ever giv up)”.


Aku tergamam, terkedu dan berusaha untuk senyum biarpun dalam kebingungan. q(*o*,)p

Ditulis Oleh : rijal88 // 1:44 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.