TAHNIAH
Dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan tahniah kepada warga kerja yang telah menjayakan Annual Grand Meeting(AGM) Maruf Club(MC) dengan jayanya.
AGM juga bererti beralihnya kepimpinan lama kepada kepimpinan yang baru. Saya selalu mengingatkan diri saya berkali-kali. Malah, satu ungkapan daripada Pahrol Mohd Juoi menjadi sandaran saya iaitu apabila saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin- When you stop learning, you stop leading.
Saya yakin dan percaya dalam tempoh setahun untuk satu tenure kepimpinan adalah satu tempoh yang amat singkat dan mustahil agenda-agenda yang digariskan dapat dilakasanakan sepenuh. Semestinya ia memerlukan jangka waktu yang panjang dan bertahap-tahap dalam melaksanakan perubahan yang pembaharuan. Begitulah pentingnya pengalaman-pengalaman daripada kepimpinan yang lama dan semangat, kefahaman dan kemahiran yang sentiasa di upgrade oleh muka-muka baharu dalam mengerakkan agenda dakwah ini.
Saya berpegang kepada “Tanggungjawab itu bukan untuk diselesaikan tetapi untuk dilaksanakan” tidak ada dateline. Tetapi ia tugas sepanjang hayat. Ia tanggungjawab yang tidak akan selesai-selesai…”it’s a journey not a destiny”.
STIGMA,PERSPEKTIF, SPEKULASI
Alhamdulillah semalam saya berkesempatan untuk mengenali para pimpinan MC secara lebih dekat dan sempat mengajukan tiga soalan yang pada saya perlu diambil perhatian dan dilihat dari sudut analitikal dan bukan kritikal semata:
1-MC sehingga kini masih dilihat sebagai platform kepada “Political Party” dan terdapat ‘Hidden Agenda’ dalam mencapai matlamat mereka daripada kaca mata Pihak Pentadbiran, sesetengah kumpulan Islam lain dan
2-Saya melihat golongan yang sama mendominasikan program baik daripada komiti program atau yang menyertainya. Saya kira ada sedikit kepincangan dari sudut birokrasi MC kerana terdapat segelintir daripada
3-Aura kewujudan dan gelombang dakwah MC dilihat hambar dan sepi di bumi UIAM dari sudut pandangan
MEREKA YANG MENDOKONG
Pada dasarnya semua umat Islam adalah digembelingkan untuk bekerja dengan Islam dan demi Islam. Setiap Muslim mempunyai kelebihannya, nilainya dan keperibadiannya supaya menjadi satu anggota yang bekerja dan memberi faedah di dalam pembentukan umat islam dan ‘Biah Solehah’ dalam skop medium kampus.
Antara kata-kata indah as-Syahid Imam Hasan al-Banna:
“…perlunya penyediaan “rijal” yang mesti dan sesuai dengan apa yang kita sedang hadapi untuk bejihad dalam satu suasana sebagaimana peranan kita….”
Ternyata daripada apa yang kita telah fahami kepentingan ahli atau pendokong dalam Organisasi. Ianya tidak kurang pentingnya pemimpin dan kedudukannya, justeru pemimpin yang kuat tidak berupaya untuk melaksanakan peranan yang besar dengan ahli-ahli yang lemah dan tidak berkualiti. Adapun pengikut yang kuat sudah tentu boleh bagi mereka memilih daripada golongan yang kuat untuk memimpin mereka.
Namun persoalan kefahaman, komitmen, ibadah dan akademik para pendokong atau ahli-ahli dalam skop ini masih lagi menjadi persoalan yang sudah sekian lama diperbahaskan.
GOD-CENTRED
Tanpa menafikan kekuatan personaliti dalam berdakwah kepada
Masyarakat akan kecewa, apabila melihat figure-figur yang mereka kagumi malah ingin diteladani tidak seperti yang mereka harapkan. Ironiknya, kini pendakwah tidak sempurna seperti ‘bahan’ dakwahnya. Begitu juga Islam, dengan umatnya. Islam sentiasa hebat, tetapi Muslim adakalanya hebat adakalanya dangkal, bergantung kepada sejauh mana mereka mengamalkan Islam itu sendiri. Di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan Umatnya?
Jelasnya, sebagai pendakwah seharusnya mengetengahkan prinsip dakwah bukannya ‘Hamasah’ semata, Islam dan tarbiyyah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan produk atau kumpulan. Pendek kata menyeru mereka kepada Allah.
PERJUANGAN YANG PANJANG
Sesungguhnya jalan kebenaran, seberat dan sesulit apapun ia, seorang mukmin akan sentiasa menikmati dan mencintainya. Dalam menjalaninya, seorang mukmin akan dapat merasai manisnya yang tidak dapat digambarkan; tiada yang mengetahuinya selain yang merasainya. Bagaimanapun saya menggambarkannya agar kita dapat menghayati kenikmatan dan kemuliaan ini, pun begitu saya tidak akan mampu menyifatinya, saya hanya memohon kepada Allah semoga Dia menganugerahkan ‘Kemanisan Perjuagan’ kepada saya, anda semua dan seluruh kaum muslimin.
3 comments:
salam. x sgka nta akan tanya soklan mcm tu smalam. what a brave question. neway,nk tanya hamasah tu apa? ana ni pon masih cetek ilmunya.
tiba masanya menmbh momentum prjuangn, bukan sekadar menyokong tetapi, if possible mnjadi pndokong pjuangan islam. insyaAllah. wallahu'alam.wassalam.
insyaALLAH,kemanisan itu akan tiba,salam perjuangan!
To lempengterbakar
InsyaAllah...ana pn dh 1 sem dsini mnunggu utk brsama2 ntum...msih blum brkesempatan
To Munadhia
Hamasah 2 pndek kate 'Semangat'. Xsalah jk kite bkrja dgn smangat, cme xbtulnya mletakknnya sbg elemen trpnting dlm bkrja mnjangkaui ilmu n abiliti yg ade. krn ia lbh brsifat 'Temporary' n slalu kna 'Re-Charge'.
prsoaln tmpoh hri xbrtujuan utk mnimbulkn sbarang provokasi bhkn jauh skali dr mndpt pblisiti murahan. Ya, krn xsmua 'Insider' nmpk kelompangan pd mrk mlainkn dtgur n dpringt oleh 'Outsider'.
Pentingnya hidup dlm 'Brkumpulan' shgga diakui oleh tokoh leadership barat John C. Maxwell dlm bukunya "Equipping 101"..katenye:
"..One is too small number to achieve greatness.."
cba rnungkan:
“Tanggungjawab itu bukan untuk diselesaikan tetapi untuk dilaksanakan” tidak ada dateline. Tetapi ia tugas sepanjang hayat. Ia tanggungjawab yang tidak akan selesai-selesai…”it’s a journey not a destiny”.
Post a Comment