Wednesday, February 4, 2009

“ADA UDANG DI SEBALIK MEE”

Menjamu selera dengan Mee Basah di Aika Cafe mengingatkan saya tentang peribahasa “Ada Udang di Sebalik Mee” yang digunapakai oleh Ustaz saya bagi menggantikan peribahasa Koman yang sering kita dengar iaitu “Ada Udang di Sebalik Batu”. Emm, agak menarik. Satu inisiatif yang kreatif bagi mengelakkan satu keterikatan yang mengunci diri daripada mempunyai hak kebebasan melontarkan pandangan. Haha..Bagus-bagus. Pada kali ini saya bukan ingin menceritakan tentang Mee mahupun Udang jauh sekali berbincang pasal Aika. Namun saya ingin mencetuskan idea mengenai politik tanah air yang penuh dengan misteri ‘bak misteri nusantara yang tiada penghujung’, teka-teki macam rancangan ‘blue clues’ dan bagaikan medan permainan Sorok-sorok yang dimainkan oleh generasi kanak-kanak suatu masa dahulu namun pupus ditelan zaman kini.

Pada tengah hari tadi, saya di
Shockkan oleh sahabat saya melalui talian mesej mengenai landskap politik menggemparkan di Perak yang sebelum ini diattack bertalu-talu oleh ‘Pihak Bertanggungjawab’. Antara kandungan mesej yang saya terima berbunyi “Sidang Dun Perak di jangka dibubar dalam masa terdekat. Kini MB Perak memohon perkenan Sultan” .Emm menarik,namun apa yang berlaku sebenarnya?. Mesti ‘Ada Udang diSebalik Mee’, seolah-olah ada dalang disebalik kejadian . Ekoran daripada itu, saya terus pulang ke bilik lantas mencapai laptop dan kemudian belayar keAlam Cyber untuk mencari kesahihan cerita dan meneroka kebenaran yang sengaja disembunyikan.

EXPLORE THE TRUTH

Seperti biasa saya menerobos kesamaran information melalui Web-Web Nasional kemudian Medium Alternatif. Antara keratan-keratan berita yang sempat saya kongsikan bersama adalah:

AKHBAR NASIONAL

KOSMO! ONLINE: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N59), malah kedua-duanya masih dipegang oleh penyandang kerusi berkenaan. (03/02/2009)

UTUSAN MALAYSIA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk meminta perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri meninggalkan Istana Kinta di Ipoh tanpa memaklumkan kepada media keputusan baginda. (04/02/2009 6:20pm)

MALAYSIAKINI:
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka hari ini. Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu. Begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas. (04/02/09 5:06pm)

MEDIUM ALTERNATIF

TRANUNGKITE 1: Lewat maklumat yang diterima tadi, ADUN Bota, Nasaruddin Hashim telah kembali menyertai Umno dan Adun Behrang dan Changkat Jering telah ke Putrajaya bagi membincangkan isu kemasukkan mereka ke dalam Umno.
Pembubaran DUN akan dilakukan bila-bila masa dalam tempoh terdekat dan Pas telah bersedia menghadapi Pilihanraya tergempar. Apa jua yang berlaku, Allah telah tunjukkan dan berikan peluang pada kita. Kini terpulanglah untuk kita berusaha mendapatkan kemenangan yang lebih besar.(05/02/09,7:30 oleh TokBatin)

HARAKAHDAILY :Rakyat khususnya di negeri Perak diingatkan agar jangan terpedaya dan tertipu dengan dakyah-dakyah dan maklumat yang sengaja diputar-belitkan oleh media ketika ini dalam isu yang melanda negeri tersebut.Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa semasa menghubungi Harakahdaily sebentar tadi memaklumkan bahawa, rakyat khususnya penyokong PAS dan pendokong Pakatan Rakyat tidak terpengaruh dengan khabar-khabar angin yang disebarkan oleh media milik Barisan Nasional (BN).(04/02/09)

Tetapi seperti yang diramal kebanyakan Web dan blog tersebut sengaja di’Hack’ bagi mengelakkan rakyat meneroka kebenaran sekaligus menerobos kepalsuan yang berlapis-lapis yang sengaja dicipta. Di manakah kebebasan media yang dilaung-laungkan. Tidak mustahil ramai rakyat malaysia diibaratkan seperti “katak di bawah gelas kaca yang lutsinar”, nampak kebenaran namun tidak mampu bertindak. Namun tidak dinafikan berlakunya Traffic Jam pada Web dan blog tersebut kerana terlalu ramai visitors bersesak-sesak untuk melayari medium alternatif yang dilihat lebih telus.

HARAPANKU

Ayuh sahabat-sahabat sekalian sedarlah daripada Hibernasi yang panjang akibatnya minda anda menjadi tumpul, mudah diexploitasi oleh musuh serta terus berada dibawah minda separuh sedar akibat kemalasan mencari yang HAQ.Maka teruslah mencari kebenaran yang sahih sekaligus bebas daripada ‘Tempurung Kejumudan’ dan mampu mentafsir strategi musuh yang penuh dengan tipu daya terus mampu menyerang balas dengan Kit Combat yang tidak mampu dibalas oleh pihak musuh. Namun jangan cepat melatah kerana ia akan menampakkan kelemahan kita yang nyata.

“CLAP YOUR CHEST AND ASK YOUR FAITH(IMAN) NOT YOUR TASTE”

Ditulis Oleh : rijal88 // 10:39 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.