Friday, July 10, 2009

Al-Asr



Saya cukup tertarik dengan pandangan Licoln Barnett yang menerangkan bagaimana Teori Relativiti Umum mendorong hakikat Takdir di dalam bukunya “The Universe And Dr. Einstein”, menurut Barnett : “Alam semesta boleh dikuasai seluruh kehebatannya hanya oleh SATU kebijaksanaan kosmik”.


Apa yang telah saya fahami bahawa yang disebutkan oleh Barnett sebagai “Kebijaksanaan Kosmik” adalah Kebijaksanaan dan Ilmu Allah yang menguasai seluruh alam semesta. Saya menganalogikan bahawa kita dengan mudah dapat melihat awal, tengah dan hujung sebatang pembaris bahkan semua unit-unit diantaranya dengan menyeluruh. Maka hakikatnya Allah mengetahui keseluruhan tempoh hidup kita seolah-olah ianya satu detik, dari mula hinggalah keakhirnya.


Sedar ataupun tidak manusia hanya mengalami peristiwa-peristiwa apbila tiba masanya dan mereka menyaksikan Takdir yang telah Allah jadikan untuk mereka.


Kefahaman saya tentang “Relativiti Masa” dapat diperkukuhkan lagi dengan pandang daripada Harun Yahya dalam karyanya “Relativiti Masa dan Hakikat Takdir”. Beliau menyebut bahawa relativiti masa ini telah menjelaskan satu perkara yang penting. Relativiti sangat berubah-ubah sehinggakan satu tempoh masa yang kelihatan berbilion tahun lamanya kepada kita, hanya berakhir beberapa saat sahaja di dimensi lain. TAmbahan pula, satu jangka masa yang sangat lama berlarutan daripada permulaan dunia sehingga ke penamatnya mungkin tidak sampai sesaat malah hanya sebahagian kecil dari satu di dimensi lain. Subhanallah…peringatan kepada yang tidak meyakini hari akhirat.


Renungkan FirmanNYA:


“Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janji-NYA, sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung

(Al-Mu’minun: 112-114)

Ditulis Oleh : rijal88 // 11:25 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.