Tinta Pena telah mengering, lembaran-lembaran ketentuan telah disimpan, setiap perkara telah diputuskan dan takdir telah ditetapkan.
“…Tidak sesekali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami…”
(At-Taubah: 51)
Bagaimana mungkin seseorang itu mahu mencintaiCahaya tanpa mencintai Sang Mentari. Tidak pantas seseorang itu mencintai Sang Mentari tanpa mencintaiAllah- “Pemilik Segala-galanya”.Mana mungkin mengimpikan Syurga Idaman , jika ujian yang sedikit sudah tak tertahan. Masih menagih simpati pada Tuhan, biarpun hati tiada langsung berpaut pada Tuhan. Masih tetap mengadu-ngadu akan jerih dan kepayahan, biarpun Nikmat-nikmatNYA di kurnia tak terhinggaan.
Jangan dibiar hati kita terus berdukacita dan dibiarkan sepi. Berdukacita di atas sesuatu yang tidak pasti dan sesuatu yang sia-sia untuk ditangisi. Sepi daripada makanan Ruhani, yang berupa punca kegersangan hati.Makanya, penuhilah jiwa-jiwa kalian dengan Cahaya Ilmu, Kelazatan Ibadah, Kemanisan Perjuangan dan Khusyuk Meraih CintaNYA yang Hakiki.
“Cinta adalah sumber kekuatan dan keikhlasan. Api Cinta membakar kepayahan dan kejerihan. Cinta menyebabkan Kekasih tiada merasai sakit dan derita dalam seharian. Kerana Cinta, diri menyanggupi untuk berkorban. Kerana di lamar dan mabuk dengan Cinta-NYA ”
“JIka Ikhlas kita terhadap Allah, maka Allah akan bersama kita masa hidup ataupun mati”
"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku adalah dekat!"
(Al-Baqarah: 186)
Allah.. Allah.. Allah..
Alhamdulillah kau masih bernafas, kaumasih diberi peluang untuk hidup, kaumasih bisa melihat dan mendengar biarpun lidahmu masih terasa kebas. Hampir tiga jam lamanya, seolah-olah kauberada diantara Dua Alam. AntaraAlamKehidupan danAlam Kematian. Bergelut dalam sesak dan seksa, berjuang demi sehirup nafas untuk dirasa. Setiap kali menariknya, terasa pedih yang amat. Dan tiap kali melepaskannya, terasa perit teramat. Badanmu bagaikan ditusuk-tusuk seribu pedang. Sakitnya bukan main kepalang. Mungkin teman-teman hanya mampu memandang. Bukan tidak mahu menghulurkan bantuan. Kerana tidak mampu bersama menyandang.Hanyakau dan Dia benar-benar mengetahuinya.
“Maxolon”, “Cafergot”, “Pain Killer” dan “Ponstan”, sekali lagi sebagai peneman. Biarpun batinmu enggan, namun zahirmu memerlukan. Sungguh, mereka tidak lebih daripada ikthtiarmu sebagai bantuan.Sebagai tanda usaha, bukan pantas berputus asa. Bukan sebagai sebab penyembuh. Malah I’tiqadmu, kau langsung tidak bertuhankan mereka. Kerana kepercayaanmu, Allah jualah yang berkuasa menyembuh atas segalanya.
Lalu mahu mengadu pada siapa? disaat iniberkehendakkan pada bantuan siapa? Siapa lagi mampu membantumu? Siapa dan siapa?
Tidak lain dan tidak bukan adalah ALLAH…Kerana DIA SENTIASA DEKAT...
******
Sedarilah, inilah sebahagian daripada Modul Tarbiyyah dariNYA. Matlamatnya, berupa Manifestasi Cinta hambaNYA, buat Sifat dan ZatNYA. Cinta yangTersirat dulu, kini sudah tersurat. Dan harga yangperlu di bayar amat berat. Suatu tuntutan sebuah Syukur dan Tafakkur. Yang menuntut nilai Sabar yang pasti di ukur. Dan tidak cukup hanya dengan itu, malah dituntutNYARedha yang disulami Ikhlas supaya tidak tersungkur.
Hidup ini ibarat Sebuah Pengembaraan yang jauh. Hamba yang Cinta akan Tuhannya pula ibarat Sang Musafir yang berpisah lama dari keluarganya. Hatinya sentiasa keluh merusuh Rindu, dan Sayang pula terungkap dalam Irama Syahdu. Mahu segera kembali, mahu di ucap cinta dan rindu berkali-kali. Tanpa puas dan jemu sempat menyinggah dihati.
Teruskanlah mendayung Sampan Kehidupan. Jangan berhenti hingga sampai ke destinasi yang dinantikan. Biarpun ombak senantiasa mengganas dan ribut sentiasa mengamuk, terus dan terus mendayung sampan Kehidupanmu. Kerana di sana segala ganjaran sudah disediakan. Buat Si Pendayungyang di hatinya, setekad Kesabaran.
*****
Asykuruka Ya Allah, kerana selepas ujian itu kau diberi peluang mengisi ruang disepertiga malam. Berpeluangonline terus denganNYA. Kerana hatimu tika ini mahu dan rindu bersamaNYA. Yang berwasilahkan Pengabdian, Sebagai Mahar buat CintaNYA.
Hadza Min Fadhli Rabbi…
Alhamdulillah, kerana Allah telah memilihkusebagai kau.
Tika ini, Allah telah menggerakkan hatiku, supaya memujuk mataku untuk Memandang dan Merenung kembali‘Quote’yangtelahditampal kemas di‘Soft Board’ku. Ya, kerana ia tidak hanya untuk ditonton atau sebagai hiasan semata. Bahkan lebih daripada itu. Kerana ia adalah coretan kata-kata daripada seseorang yang layak digelar sebagai Pejuang. Yang begitu percaya akan janji dan jaminan Kekasihnya, Allah. Juga amat yakin akan jalan Syahid yang dipilihnya.
“Dalam Tiap perjuangan itu ada masa meningkat dan ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita merasai tidak kalah”
(Sayyid Qutb)
Moga-moga Allah menghidupkan kembali hatiku dan juga menyuntik hati sahabat-sahabatku dengan “Suntikan Ruh Ar-Rijaluddin”. Kerana mereka juga sepertiku, senantiasa di ujiAllah. Tetapi yakinilah bahawa ujian-ujian itu adalah sebahagian daripada sifatAr-Rahim-NYA, terhadap hamba-hamba yang sentiasa dirinduiNYA.
Makanya, bersyukurlah kerana Allah memilih kita sebagai KekasihNYA dengan berwasilahkan ujian sebagai tautan cinta daripada Kekasih buat Kekasih.
“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai(untuk berperang pada jalan Allah-membela agamaNYA), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan DIA akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain”(al-Taubah: 39)
Itulah Hukuman Allah di dunia jika kita cuai akan amanahNYA –iaitu “Seruan Berjuang”. Marilah kita hidupkan kembali Semangatdan Keazaman untuk terus berjuang di Jalan Allah ini, dalam Satu Jamaah. Semangat untuk terus Intima’(bergabung) dengan Perjuangan yang diyakini. Dan Keazaman untuk terus berjuang demi menegakkan kalimah Tauhid di muka Bumi Allah ini.HanyaJika, kita tidak mahu hidup dalam penghinaan dan mati dalam kehinaan!.
*******
“Kita harus mencari Alasan Kukuh untuk terus Berjuang, bukannya menciptaAlasanuntuk tidak Berjuang”
(Muhtar Suhaili, Presiden MPP UIAM 03/04)
Sahabat-sahabatku,
Kita semua dimana? Golongan Pertama atau Golongan Kedua?
Amat rugilah jika kita memilih Golongan Kedua. Mereka yang tidak percaya dengan Janji-janji Allah. Hati mereka sentiasa berbolak balik lantaran ketidakkepercayaan yang penuh, akan GanjaranNYA. Kerana hati mereka masih berpaut pada kepentingan peribadi dan duniawi. Maka, merekalah golongan yang rugi di dunia dan muflis di akhirat nanti.
Sungguh beruntunglah jika kita memilih Golongan Pertama. Yakni, hati-hati mereka senantiasa bertaut hanya keranaNYA, bukan kerana sesiapa atau sesuatu selainNYA. Pancaindera mereka sentiasa ringan di arah untuk berjuang demi AgamaNYA. Kerana mereka telah Infaqkan sepenuhnya jiwa dan raga mereka di JalanNYA. Merekalah orang-orang benar-benar yakin dengan Perjuangan dan Percaya dengan PertolonganNYA.
Jauh aku berlari-lari, dari kuliyyah ke Kolej penginapanku dengan merentasi kuliyyah demi kuliyyah. Tanpa aku endahkan penat dan lelah sedang meragutku. Ku tidak pedulikan jeritan fizikalku supaya berhenti semerta, kerana ia sudah tak tertanggung lagi. Namun, Batinku mengarah supaya terus berlari dan berlari. Hujan di malam nan kelam turut mengiringiku, biarpun basah aku persetankan. Ia bagaikan amat memahami suara hatiku saat itu- Sebuah Kesedihan dan Kegundahan.
Ya, aku menangis kerana cuba menidakkan berita itu. Berita sebuah realiti, tapi aku menafikan agar ia tetap menjadi fantasi semata. Bukan ku menafikan Takdir, Cuma lemahnya insan bila sentiasa di uji bertalu-talu. Lebih-lebih lagi bila di uji dengan ujian sebuah kehilangan dan perpisahan.
Terus..aku mahu menulis dan menulis. Ku coretkan perasaanku, agar sedikit kelegaan akan mengisi hatiku- Kedamaian menggantikan Kekusutan.
****
TERSINGKAP NOLTAGIA SILAM
Siapa sangka? Yang terpendam dalam diriku dicungkilnya satu persatu- Bakat dan kebolehan diri yang terselindung, selama ini tanpa kusedari. Malah tidak terjangka, kelemahan ketara ku itu digilapnya tanpa berputus asa dan akhirnya membuahkan hasil- Kelemahan Menjadi Kekuatan. Dia berusaha membentukku sebagai Future Leader- Dengan kebolehan berpidato, pengucapan awam, berforum dan berbahas. Dan bermula saat itu, Keyakinan dalam diriku makin berputik. Sifat Pesimistik Melampau ,iaitupenyakit ketaraku makin menghilang ditelan bilahan hari.
Terima Kasih Guruku,
Dua tahun kau menggilapku di bawah bumbung SMKA Falahiah telah menghasilkan kejayaan yang tak tebayang olehku. Sebagai Naib Johan Negeri ‘Konvensyen Pengucapan Awam Usahawan Muda’, Naib Johan Negeri ‘Forum Remaja’ (sebagai Moderator Terbaik), Naib Johan Negeri ‘Bahas Ala Parlimen’ dan sebagai Wakil Negeri Anugerah NILAM.
****
Tapi hari ini, aku sudah kehilangan kobolehan tersebut, beransur-ansur keberanian itu menghilang. Dan aku, masih terkial-kial mencari rentak seperti dahulu. Yang sentiasa bermotivasi, sentiasa optimis. Penyakit lamaku pula makin kronik saban hari- Sifat Pesimistik Melampau. Kerana dulu, di sana kau sentiasa memberi pendorong dan inspirasi padaku. Pastinya kata-kata Azimatmu khas buatku;
“Zul, Harus Jadi Kuat!!!”
Tapi aku disini, tiada lagi kedengaran kata-kata Azimat itu….Adakah aku perlu mengharapkan teman-teman menuturkannya? Jawapanku..
“Ya”
****
Guruku,
Saat ini, ingin benar ku mendengar Kata-kata Pembakarmu. Rindu melihat senyumanmu. Keramahanmu yang menyenangkan. Tawamu bila melihat gelagat anak-anak didikmu. Dan aku rindukan leteranmu sebagai Ibu kepada anak-anaknya yang nakal.
Namun kini…Ia sudah menjadi sebuah memori. Memori yang terpahat di sanubariku.
****
DIJEMPUT ILAHI
AL-FATIHAH…
Buat, Guruku Tersayang Ainon Hayati Bt Abdul, Bekas Guru Bahasa Inggeris SMKA Falahiah, yang telah pulang ke Rahmatullah pada tanggal 10 Januari 2010 (Isnin), pada jam 4.00 petang, di Kelantan Medical Centre (KMC), akibat Ulser Perut.
Lewat aku memahamimu, biarpun sudah lama kita bersama. Ya, lama itu sungguh subjektif dan punya banyak tafsiran. Lama itu tidak bermakna banyakdan dalamnya aku memahamimu. Mungkin kerana lama kita bersama, maka sentiasa pula aku meminggirkanmu. Dan dalamnya aku memahamimu,namun tak bermakna hingga mencecah ke dasar peribadimu, lubuk hatimu yang sebenar.
Akugagal memahamiantara Tujuanmu, Keperluanmu dan Kemahuanmu. Tujuanmu sebagai Hamba dan Khalifah. Gagal mentafsir kepentingan keperluanmu. Namun selalu pula mengutamakan teman-teman yang lain. Biarpun aku tahu mereka tidak akan menghargai pemberianku, tidak sepertimu. Biarpun mereka sentiasa mempersoalkan NilaiIkhlasku, namun kau tidak. Biarpun aku sedar akan kemahuanmu, namun aku gagal menterjemahkannya malah seringkali pula jadi Batu Penghalang. Acap kali pula aku rela dan sanggup melihatmu begitu terseksa. Mungkinkah harapanmu padaku kini sudah bertukar menjadi dendam…
SESAK DAN SEKSA
Ramai yang meletakkan Harapan Tinggipadamu bukan? Tapi ini tidak bermaknasombong dan besar diri menguasaimu. Bahkan penambah resah dan gelisah. Resah kerana niat perjuanganmu akan sentiasa berbolak-balik; keranaNYA atau kerana mereka? Gelisah kerana tidak mampu merealisasikan harapan mereka, seperti yang ditagih selalu.
Kata mereka; “kau hebat, kau mantap”. Ahhh! dari siapa mereka mendengar semua cerita karut ini??. Semua ini tidak lebih dari kepalsuan dan solekan. Palsu dari berpijak pada realiti, iaitu tanpa mengenalimu dari dekat. Solekan dari mereka yang mengada-adakan yang tiada. Aku mewakili Kau,mengharapkan teman-teman tidak terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi padamu. Kerana ia terlalu menyesakkan. Sungguh…
Ya, setakat yang aku mengenalimu.. Kau sangat berahsiabukan? Ya aku juga sedar Kau begitu terseksa melihat teman-temanmu menghulurkan simpati padamu. Biarpun niat mereka suci. Tapi ia benar-benar menyeksamu. Dan kau juga takut teman-temanmu itu turut bersedih, terbeban dan terluka keranamu, jika Rahsia Terpendammu dikongsi bersama. Kecuali kepada mereka yang benar-benar Kau percaya. Tapi ia begitu sukar…
PELUANG
Tiada yang kekal selamanya melainkan Allah. Maka, saatnya makin menghampiri. Disaat kau pada kondisi begini. Disaat kaudalam serba keterbatasan. Mungkin lewat sudah kau akan memaafkanku dan berikanku peluang. Tapi tidak bermakna aku harus berhenti berkhidmat dan berbakti padamu. Maka, maafkan segala kekhilafan dan kesalahan lampauku. Peluang sebagai penebus kesalahanku selama ini. Dan dengan peluang ini aku mahu “Memanfaatkan Hidupmu dan Memaknakan Perjuanganmu ”.
Sungguh Indah PercaturanAllah. Hanya dapat disingkap oleh mereka yang mahu melihatdan mentafsir. Kekadang hati gagal mentafsir, saat emosi terusik mahu memberontak. Maka tika itu, kita akan tewas. Tewas pada diri-sendiri. Bermakna, kita belum berjaya mengenal dan mentafsir diri kita. Pada tuntutan yang sebenar.
Sudah Sunnatullah, laut pun ada pasang dan surutnya. Begitulah juga “Level Iman”sebagai manusia. Disaat Iman ditingkatan atas, Hati menjadi lunak, emosi menjadi damai dan pancaindera lazat dalam pembaktian. Namun, disaat Iman jatuh tersungkur, Hati berontakan bak hidup tanpa bertuhan, emosi meraja dan memusnahkan diri dan pancaindera rancak bermaksiat.
Namun, seringku yakinkan diri bahawa
“Hikmah itu tidak akan sesekali tersingkap selagi ada Prasangka Buruk pada Allah. Maka berprasangka baiklah padaNYA. Moga-moga Allah membuka Hijab Khazanah HikmahNYA buat kita”
“Kesakitan semakin menggila, tujahan Fitnah yang makin melebat, ruangan waktu yang menyengat dan amanah yang bakal dipikul dan dituntut“
Seringkali juga aku terperosok ditengah perjalanan ini. Kekadang ada tangan-tangan yang menghulur bantuan. Kekadang aku terpaksa bangun dari rebah sendirian. Nasihat dan Peringatan laksana “Permata Tanpa Kilauan” jika dipencilkan. Maka gilapkannya, serlahkan kembali sinarannya. Melalui sebaran Nasihat, yang manfaatnya untuk bersama.
Ya, adat dan falsafahberjuang, pasti ada ujiannya. Yang pasti ujiannya amat perit dan jerih. Menuntut Kesabaran dan Redha yang tinggi. Ilmu dan Iman sebagai bekal. Dan diri harus bersedia untuk Berkorban. Tiada perjuangan tanpa ujian. Mahukan RedhaNYA? Maka perlu menyahut TuntutanNYA. Tuntutan yang berupakan sebuah Perjuangan.
Nasihat Sayyid Qutb yang mengingatkanku. Mengukuhkan kembali Matlamatku. Dan menyedarkanku siapa aku:
"Dalam tiap perjuangan itu ada masa meningkat dan ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita merasai tidak kalah"
"Kita selalu akan merasa sempit dada jika kita merasakan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini, tetapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu dan akan diteruskn oleh generasi yang akan datang….."
Yakinilah, semua ujian ini adalah sebuah Percaturan daripada Allah. Melalui KalamNYA,
“Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun). ” (al-Mulk:2)
TAUJIHAT BONDA
“Senyumanmumedamaikan hatiku, sentuhanmu menghilangkan resahku, ucapanmu sekaligus membangkitkanku. Begitulah hebatnya Insan bergelar Ibu”
Alhamdulillah hari ini, Dia menyediakan ruang pagiku bersama “Insan Terpenting” buatku, Bonda. Membujuk, Muhasabah dan Motivasi (3M), sekali lagi“Rawatan Kasih-Sayang” dari seorang ibu buat Anaknya. Tanpa sebarang bayaran yang dituntut, tapitautan cinta sebagai ubat. Bukan secara terpaksa, bahkan penuh rela.