MUHASABAH
Alhamdulillah segala puja dan puji yang
selayaknya di panjatkan kepadaNYA.
Seraya menjejakkan kaki di Bumi UIAM Gombak, Amanah yang bertimbun setia menanti untuk di penuhi akan Hak-haknya. Antara keutamaan dalam mempertimbangkan di antara
maslahah yang lebih besar,menjadi neraca perhintungan. Baik dalam membuat keputusan
lebih-lebih lagi dalam tindakan.
Menjadi pemimpin bukanlah sesuatu untuk
dibangga-bangga. Bukan suatu pangkat dan kedudukan yang tinggi, yang menjadi impian sepanjang
masa. Bahkan ia sebagai beban yang di minta untuk di pertanggungjawabkan. Di Sini
apatah lagi di Sana. Yakni menunaikan setiap Inci Kewajipan bagi memenuhi segala Hak yang menjadi Tuntutan. Alhamdulillah masih ada sahabat-sahabat yang sudi menegur
kesalahan yang di lakukan, malah ada yang sudi menghulurkan tangan demi
melaksanakan amanah bersama. Kata-kata Umar
bin Abdul Aziz menjadi peringatan akan Amanah yang di pikulkan:
“Demi Allah!
Aku berasa takut sekali duduk di atas singgahsana ini (menjawat jawatan
khalifah), jika memang yang duduk di atas singgahsana ini bukan orang yang
layak sama sekali. Jika aku boleh melepaskan kekuasaan ini, maka sudah aku
serahkan kekuasaan ini kepada yang berhak untuk menerimanya. Tetapi aku hanya
boleh bersabar sehingga Allah menentukan pilihan dan ketentuanNYA”
MENERUSKAN LANGKAH
DEMI LANGKAHAN
Allah sentiasa menduga dan menguji
hamba-hambaNYA. Demi menentukan siapakah yang selayaknya mendapat Al-Falah. Ia suatu anugerah sebagai
pengiktirafan tertinggi Allah buat hamba-hambanya yang menjadi pilihanNYA. Sesungguhnya
Kanvas Kehidupan ini di ciptaNYA demi
menguji kita, sama ada kita layak meraih RedhaNYA
sekaligus memperolehi Nikmat Syurga sebagai GanjaranNYA. Ataupun mendapat MurkaNYA yang melayakkan kita ke Lembah JahannamNYA sebagai Hukuman.
Maka istiqamahlah dalam menunaikan kewajipan
kepadaNYA, tanpa rasa lelah dan jemu. Kerana kan pasti Nikmat dan Hikmah akan
ketemu. Tetapkanlah Matlamat Utama
sebagai HambaNYA dan KhalifahNYA. Pasti segenap hati,
perasaan dan pancaindera mengarahkan kita ke arah kebaikan dan mencegah akan
kemungkaran yang tercela. Tetapkanlah Azam
Yang Tinggi. Demi melakar kecemerlangan hidup ini dan kejayaan selepas alam
kematian. Manfaatkanlah hidup dalam segenap ruang yang ada. Dan maknakanlah
perjuangan dalam setiap peluang yang terbentang luas. “Memaknakan Hidup, Memaknakan Perjuangan”. Demi Matlamat yang satu,
Destinasi yang satu.
“Ketahuilah,
bersama kamu ada malaikat utusan Allah yang menjaga kamu; ia tahu apa yang kamu
kerjakan, saat kamu dalam perjalanan dan saat kamu di dalam rumah kamu. Oleh itu,
kamu hendaklah malu kepada mereka. Baguskanlah persahabatan kamu dengannya. Jangan
kamu sakiti mereka dengan melakukan maksiat kepada Allah dan kamu menyangka
bahawa kamu berada di jalan Allah”
(Umar Abdul
Aziz)
Rijal88
7.15 a.m, Isnin, 12 September 2011,
UIAM GOMBAK.




