Monday, November 29, 2010

SALAM AL-FATIH

SUFISM MARTIAL ARTS ACADEMY (SMAC) MALAYSIA
RAUDHAH TIJANIYYAH

Kutan Tengah,
(Lorong Masjid Kutan)
16250 Wakaf Bharu,
Kelantan - Malaysia.

Alhamdulillah sepanjang 4 hari bermula Khamis hingga Ahad, Allah telah permudahkan urusan aku bagi Pengijazahan Angkatan Kedua Seni Gerak Batin(Silat al-Fatih) dan Ijtima’ Haylalah.




Silat al-Fatih merupakan Seni Tajalli Ilahi dari manifestasi Tijaniyah yang secara khususnya merupakan warisan Khatamul Awliya' Sayyid Asy-Syeikh Ahmad At-Tijany radhiyallahu 'anhu yang mempunyai Sanad yang benar dan bersambung silsilahnya kepada Sayyidul Wujud shallallahu 'alaihi wasallam.




(Foto: Sayyidi Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi sedang menandatangani plat perasmian Zawiyah Khatm ul-Awliya' yang merupakan Zawiyah Pusat bagi Thariqah Tijaniyyah Malaysia)


SILIBUS LATIHAN



Dalam melahirkan Ikhwan Gerak Rahsia Batin (Silat Al-Fatih) yang benar-benar sempurna, bentuk latihan merangkumi LIMA (5) PANJI yang bersifat metodologi yang diterapkan dalam TIGA (3) MAQAMAH iaitu:


PANJI MAQAMAH :

1) AL-FATIHAH

- PANJI KUNING : SENI OLAH TEMPUR

- PANJI MERAH :SENI TEMPUR TANPA SENJATA

2) AL-FATIH

- PANJI PUTIH : SENI TEMPUR BERSENJATA

3) AL-FATH

- PANJI HITAM : SENI TEMPUR TAKTIKAL

-PANJI HIJAU :SENI RAHSIA TEMPUR




SILIBUS TAMBAHAN (SHINOBI-NINJA)


Silibus Alternatif Seni Gerak Rahsia Batin (Silat Al-Fatih) yang terdapat di dalam Sufism Martial Arts Academy (SMAC) ialah Sufi Ryu Ninjutsu (Seni Beladiri Ninja Aliran Sufi). Rahsia-rahsianya dimasukkan di dalam Panji - Seni Tempur Taktikal sebagai pendedahan kepada ikhwan terhadap teknik-teknik sulit yang lazimnya diguna pakai oleh para ninja atau sekarang sebahagiannya telah diterapkan ke dalam pasukan-pasukan elit komando dsb.


Bagaimanapun, Sufi Ryu Ninjutsu yang mana ia merupakan satu-satunya aliran yang terdapat di SMAC punyai keunikan yang tersendiri yang tidak terdapat dalam mana-mana aliran ninja lain di dunia. Ini kerana sifat SUFI yang diterapkan di dalamnya menghasilkan nilai seni yang tersendiri yang berakar kepada prinsip-prinsip spritualisme.




[Foto: Sensei - Sufi Ryu Ninjutsu dari Malaysia (bertopeng) bersama Sensei - San Moon Ryu Ninjutsu dari Indonesia (tengah) sewaktu sesi latihan bersama di Dojo Ninjutsu Indonesia Club (NIC) di Jakarta, Indonesia. Latihan bersama berkenaan secara tidak langsung mewujudkan jaringan dua hala antara Malaysia-Indonesia yang akrab]

Monday, November 22, 2010

POST YANG TER 'DELAY'

SUATU AMANAH

Allahu Akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar…


Kalimah Takbir dilaungkan. Kebesaran Allah harus diimplementasikan, tidak cukup hanya pada ucapan. Bukannya segar hanya di mulut. Di hati mati. Pada fiilnya langsung tidak dihayati.


Jadi seharusnya, bersama itu hati perlu di hidupkan, lidah perlu dibasahkan dan pancaindera pantas tunduk dan patuh dengan kekuasaan Allah.


Alhamdulillah, di kampungku, Aidul Adha kali ini menampilkan golongan muda sebagai Bilal, Imam dan Khatib. Tidak dilupa juga Siak. Sebagai Front Liner Masjid. Kali ini aku ditaklifkan sebagai Imam Muda dan sahabatku, seorang Ustaz produk USIM pula sebagai Khatib.


Diriku mula merasai kedinginan puputan angin dan kabus pun pula mulai mencurah. Tanpa selindung, aku gugup pada mulanya. Kerana ia suatu yang tak ku terbiasakan, melainkan sebagai Imam pada Solat 5 waktunya. Namun ku yakini ia sebagai tuntutan dan kewajipan, sebagai Rijal.


“Amanah Harus Dipikul. Bukan Untuk Di Tonton”


Rijal yang bukan hanya mampu berkokok di reban kampus. Namun kelu dan bisu di lapangan masyarakat. Dan aku tidak mahu seperti produk sebegini.


“Juara Ayam Jantan Di Reban Kampus. Si Dayus Di Halaman Sendiri”


*****

Teratakku kelihatan lengang. Sunyi tanpa kehadiran suara-suara kanak-kanak ribena yang ramai. Hanya 4 adik-beradik dapat berkumpul bersama. Berbanding 12 orang atau 50 orang pada jumlah keseluruhannya. Kesemuanya sedang menggalas amanah sebagai pekerja mahupun presiden atau vice presiden pada sebuah keluarga sendiri. Hanya aku, masih merangkak di daerah Universiti, yang sunyi dan setia membujang.

*****


Kali ini, disini, ada Assignment Penting yang harus aku sempurnakan dengan langkah yang penuh cermat dan hemat. Harapnya, dua pengalaman sebelum ini memberikan pengajaran yang mematangkan. Tidak sesekali mengulangi kesilapan buat ketiga kalinya. Ia sengaja tidakku coretkan dalam lembaran assignment sebelum ini. Kerana ia agak bersifat peribadi dan berkaitan dengan kelangsungan Umat.


Yang terbaca. Mereka bebas menafsirkan mengikut selera dan kecenderungan mereka sendiri. Kerana aku sudah penat menjelaskan.





SOALAN ITU

Di Pos Rukun Tetangga,

Persoalan-perdoalan itu. Ia tiba bagaikan sengaja memecahkan kesepian dan keheningan di tengah malam. Ia hadir menghangatkan suasana. Yang sejak dari tadi beku dan lesu. Tanpa Modal mencukupi.


“Budok2 U sedap kokok(bercakap berdegar2) di tempat dio jah. Balik kampong gak senyap! Kalah anok2 daro!”

“X leh pakai budak2 U ni. Ngaji pandai sampai U pom, kalu kelik xleh tlg ore kampong. Wat malu jah!”

“Mano abes gi ustaz2 hok ngaji di Universiti?! Masjid banyak ‘ taik cicak’ dari Jemaah!!”

“Kalu Budak2 U hok ngaji tinggi2 pom xleh harap. Pahtu, xkan org2 kmpung hok jahil buleh harap wat kijo2 Dakwah?! ”


Dan banyak lagi pesoalan2 dan kritikan Pedas dan tidak kurang lemak manisnya . Tapi, tidakku sanggupi untuk turut muatkan dalam ruangan Blog ini. kerana itu aku harus berhenti. Berhenti menulis persoalan-persoalan mendesak itu. Yang mahukan Jawapan segera!.


Ku tersenyum kosong. Menelan liur yang kelat. Hakikat yang tak dapat diselindungkan. Apakah jawapan yang bakal kuberikan menjadi sebab menguraikan persoalan, lantas menjernihkan keadaan. Atau sekadar alasan sampah. Yang membusukkan lagi suasana yang sedia membusuk.


Lantaran secebis Mahasiswa Islam yang tanpa segan silu mengelarkan diri dengan gelaran tersebut. Namun Berhibernasi pabila pulang ke halaman sendiri. Hanya sesekali menjulurkan kepala pada majlis-majlis tertentu.


*****

Malam semakin jauh perginya dan dinihari mulai terasa di penghujung perjalanan. Tidak lama lagi cerahlah langit, awan dapat dilihat dengan terang, apabila matahari kembali bersinar memeperlihatkan cahayanya. Cahaya yang sentiasa menghidupkan.


Dan aku?


Masih ditinggalkan dengan persoalan-persoalan berpuaka. Masih dihantui dengan tujahan-tujahan berbentuk cemuhan. Namun aku tafsirkannya sebagai pengaduan penuh kebimbangan dan seribu pengharapan.


Ya, harapan. Harapan yang selalu di hampakan oleh mereka berTitlekan MAHASISWA ISLAM.

Tuesday, November 16, 2010

BELUM BERAKHIR



Jantungku bagai ditusuk-tusuk. Peluh dingin membasahi bajuku. Kepalaku berdenyut-denyut, sakitnya bukan main. Mataku kabur dan mulai menggelap. Air mata manjaku menitis lagi. Tangan-tanganku terketar-ketar dan kebas. Badanku makin melemah. Tiada lagi kalimah-kalimah yang dapatku zahirkan dari penaku. Tidak lagiku mampu menggengam biarpun sebatang pena. Semuanya sudah sampai limitnya. Haruskah aku berhenti disini?


Allah…ia datang lagi, tetamu langsung tidakku undang. Sesekali tidak bertolak ansur dan tidak beradab menziarahiku. Ia semakin pantas menyerangku, makin susah diramal kehadirannya. Sekali lagi aku harus melayaninya.


“Sofware Engineering Examination”, aku harus menyiapkannya. Aku harus sempurnakannya. Ini adalah ‘last paperku’. Berikanlah aku kekuatan. Kesabaran untuk bertahan.


Tidak, sekali lagi aku terpaksa mengalah. Biarpun masa masih berbaki 1 jam setengah. Biarpun aku hanya sempat menyiapkannya separuh. Tapi, Ahhh…


Langkahku pantas menuju IIUM Health Centre, my nose start bleeding. Tempat yang aku benci untuk bertandang, namun ia selalu merinduiku dan selalu pula menggodaku bagi mengunjunginya. Sedetik terlambat, akibatnya aku sendiri sedia mengetahuinya.


Pain Killer Injection, ole-ole buatku. Hadiah selama 12 jam untukku berehat. Badan manja perlu dirawat.


“Ponstan”, “Maxolon”, “Cafergot” dan “Pain Killer”. Kalian melemahkan aku, kalian membunuhku dalam diam. Aku merayu, tolong pergi jauh dariku…Sekali lagi kalian tidak memprdulikan rayuanku.


Inikah rutin kehidupanku yang harus diulang-ulang. Soalnya sampai bila? Seringkali aku mengadu padaMU, sampai bilakah ia kan berakhir. Saban hari tiada sembuhnya. Malah semakin menggila sakitnya. Ya, sakitnya kini bukan lagi kepalang. Kekadang juga terpancul kalimah putus asa.


Semakin hari gerak kerjaku semakin mengecil skopnya. Rutin harianku semakin dikawal ketat. Serba-serbi terbatas. Banyak yang terhalang dan dihalang.


Sahabat-sahabatku selalu mengingatkanku:


“Zul, jangan sesekali turun DEMO…kalu x”

“Naim, mu make ubat dh ko hari ni”

“Anta xyah datang meeting yer hari ni”

“Ko pergi tido skrg. Pucat sangat dh muke ko tu”


Aku tersenyum, tanda faham.Namun, selalu pula membangkang daripada tunduk dan patuh.

******

Ya Allah…

“Bukan aku tidak mengsyukuri nikmat-nikmatMU. Bahkan aku sedar nikmat dan hikmat pemberianMU melebihi permintaan-permintaanku. Bukan aku tidak mempercayai KalamMU; ganjaran amat besar buat mereka yang Sabar dengan ujian-ujianMU. “


“Allah, sampai bila diriku harus begini. Sampai bila aku dapat bertahan. Jika inilah syaratnya bagi memperoleh RedhaMU, CintaMU. Sungguh, aku pasrah…Maka kau tetapkanlah Imanku, agarku terus dan berterusan bersabar atas ujianMU..Allah”


“Ya Allah, bantulah aku…Cuma KAU lah satu-satunya tempat aku mengadu dan meluahkan hati dan perasaan”


Ia Belum Berakhir kerana….

“Perjalananku Masih Panjang, Matlamatku Masih Jauh dan Agendaku Masih Banyak”

Sunday, November 14, 2010

RINDU




Labbaikallahum Ma Labbaik…

Aku sangat rindu untuk melafazkan lafaz ‘Talbiah’ itu. Bahkan, teramat sangat.

Ubudiyyah kerana membalas cinta Allah”

“Ibadah adalah kerangka, rohnya adalah Ikhlas. Roh ikhlas adalah Cinta. Roh cinta adalah Muwahid. Roh muwahid tiada terpandang dalam Syuhudiah(mata hati) pada yang lain melainkan wujud kekasihnya. Keasyikan Cinta menyebabkan ia mabuk sehingga tiada melihat wujud lain malah wujud diriNYA sendiri.”

(Bisikan Sir 2, al-faqir ilallah Ibrahim Mohamad)


* InsyaAllah moga-moga dipermudahkan oleh Allah; Aku dan 3 lagi sahabat aku(Faiz, Nik Hanis dan Taufiq) mengerjakan Umrah di penghujung tahun depan. Biiznillah. Amin



Friday, November 12, 2010

HOLIDAY’S ASSIGNMENT



Selamat ber’Holiday’ buat teman2 yang sudah berade di Hometown. Kuucapkan selamat berbakti kpd kedua ibu bapa dan keluarga tercinta. Manfaatkanlah masa satu bulan ini bagi berbakti di lapangan masyarakat. Sebelum terlambat dan biarpun masih terlalu awal, ku ucapkan “Selamat Hari Raya AidilAdha”. Sama-sama kita selami dan mengambil iktibar disebalik pengsyariatan ibadah tersebut.


Rancangkanlah masa kita dengan sebaiknya, agar setiap detik masa bermanfaat buat kita.


“Di dunia ini kita menyemai, di akhirat kelak kita menuainya”


“Sebaik2 manusia adalah mereka yang mampu memberikan manfaat kepada orang lain”


“Sekalipun tidak dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Maka jangan sesekali menjadi penyumbang mudharat kpd orang lain”


Erm, aku telah merancang beberapa aktiviti bagi manfaatkan ruangan masa yang ada. Kerana aku mengerti bahawa setiap detik waktu itu pasti dinilai oleh Allah s.w.t.


BERMANJA BERSAMA BONDA

Ingin memaksimumkan masa sebanyak mungkin bagi mencurah bakti kepada bondaku tercinta. Sebelum ni biarpun jauh dimata namun dekat dihati. Kini dekat di mata lagi dekat dihati. Dan menjadi kewajipan ke atasku mendoakan kesejahteraan buat Ma dan Abah.


Cukup memandang wajah Ma dan mendengar suara Ma, sudah dapat mendamaikan hatiku. Inilah masenye untuk aku berbakti pada Ma. Peluang kenaikan Darjat disisi Allah kini terbuka luas; dengan berbakti kepada Ma.


Huhu, menelefon bonda 2 hari sekali, rasenye belum cukup buatku. Apa yang aku mahu; memelukmu, menciummu dan memohon restumu.


“Kusematkan,bahawa Syurgaku dibawah Redhamu”


ZIARAH PUSARA AYAHANDA

Ingin sekali menziarahi pusara Abah. Masa begitu pantas berlalu. Sudah 4 tahun abah meninggalkan kami. Ya, pasti aku berusaha dan terus berusaha untuk menjadi zuriat yang soleh buatmu. Kerna aku mengerti ‘anak soleh’ adalah aset penting buat Ma dan Abah.


“Berprinsip, tidak sesekali berputus asa, jaga solat dan jaga persaudaraan”


Itulah yang sering diulangi oleh Abah. Dan itulah yang sentiasa aku pasakkan pada diriku.


CHENGHO INTERNATIONAL EXPO

Tugasku sebagai sebagai “Web Designer” bagi website ni (http://www.chenghoexpo.com.my/) sudah aku ‘completekan’. Gaji pom dah masuk. So, aku serahkan pula kepada “Web Developer”bagi mengurusknnya pula.


“This is my First Mega Job”.


Saat-saat kritikal dalam menyiapkannya. Huhu, banyaknya karenah ‘customer’, sering diganggu pukul 3-4pagi. Sungguh memeritkan, belum lagi termasuk waktuku sedang berkuliah. Laptop dan cik BB(BroadBand) sentiasa dikendong bersama. Yeah, memang penat dan perit.


Nak tak nak inilah bidang aku. Hehe, tapi ini hanyalah ‘Part Time’. Sebenarnya aku mahu jadi ‘Lecturer’. Mahu jadi ‘Murabbi’ kepada adik2 kampus dan bergiat aktif dalam berbakti di lapangan masyarakat.


“Stress in studying, studing in job….quite different”


SILAT AL-FATIH

Lama sungguh tidak mempraktikkan seni bela diri. Jadi inilah masa yang ditunggu2. Ada sapa2 lagi yang berminat, so boleh la join sekali. Maklumat lanjut sila layari:

http://silatfatih.blogspot.com/


HAFAZAN

Otak makin tumpul dan berkarat. Sudah tidak mampu menanggung bebanan taklifat yang ter’postpone’. Mahu mengulang semula hafazan yang berjuzuk2 mencurah keluar sepanjang di UIA. Bukan tidak cukup masenye, tapi masih gagal memanfaatkan masa dengan baik.


“Mahu menjadi asbab Syafaat buat Ma, Abah dan Saudara2ku dengan berwasilahkan hafazan Al-Quran”


COOKING

Mahu menyambung lagi ‘Kursus Memasak’ besama Ma dan kakak2ku yang comel. Pasti kamu semua tidak sabar menunggu kepulanganku nanti. Huhu mau jadi suami yang mithali; skill memasak juga termasuk dalam kriteria. Juga dalam proses mencipta ‘secret recipe’ khas buat ‘Bidadariku’. Ngeee~*


USRAH BERSAMA BUDAK2 KAMPUNG

Aku kangan bangat sama kamu kanak2 ribena. Jom kita berusrah lagi. Banyak yang inginku “sharing2” bersama kamu sume. Dan tidak sabar2 lagi mendapatkan hikmah dan pengalaman daripada ‘Orang2 Lame’ dikampung.


KHATAM DAN HADAMKAN BUKU2 YANG TERPILIH


Tapi, sebenarnya aku masih disini, masih bertemankan buku2 dan nota2. Dengan sabar kutunggu2 final paper pada tarikh keramat, 15/11. Sudah tak sabar lagi mau pulang ke kg halaman;

al-Machangi Darul Islamika.

Wassalam

Thursday, November 4, 2010

LIHAT ALAM, INGAT ALLAH


Firman Allah s.w.t:

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir(berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. ” (al-Furqan:53)

Lihat alam ini, seluruh isinya diciptakan dan diperlihatkan kepada manusia. Dengan tujuan manusia dapat memanfaatkannya. Malahan sebagai ‘wasilah’ bagi mengenal Maha Pencipta, Allah Rabbul Jalil. Benar, Alam adalah ‘Karya’ Allah yang memperlihatkan KeagunganNYA, bagi manusia yang mahu mengenali dan mencintai Penciptanya.

Lihat alam yang begitu sistematik susunannya. Mustahil tiada Pengaturnya. Mustahil semuanya berlaku secara kebetulan. Bahkan, rasional dan logik akalnya menolak alam ini terjadi dengan sendirinya, tanpa yang menjadikannya. Kalimat yang selalu diulang-ulang oleh guru-guru yang mengajar ilmu Tauhid adalah; “Buktinya ada Allah adalah adanya Alam ini”.


Gambar-gambar tersebut memaparkan wujudnya sungai di dasar lautan. Apa yang menakjubkan adalah apabila ‘rasa’ kedua-kedua air tersebut langsung tidak bercampur antara satu sama lain. Seolah ada dinding dan membran yang membatasi kedunaya. Subhanallah!

Gambar-gambar tersebut dirakamkan oleh Mr. Jacques Yves Costeau, seorang ahli Oceongrapher dan ahli selam terkemuka dari Perancis(sering membuat filem dokumentari tentang alam dasar laut untuk ditonton diseluruh dunia).

Alhamdulillah, beliau telah mendapat Hidayah setelah ‘persoalannya’ tentang fenomena tersebut dijawab dan ditafsirkan oleh seorang Profesor Muslim yang membacakan Qalamullah yang mencritakan fenomena tersebut. Allahu Akbar!


CRITICAL THINGKING

Prof. Dr. Hamka, pujangga dan Ulama Nusantara yang tersohor, pernah berkata:

“Hujung akal pangkal agama”.

Maksudnya, kemuncak fikiran yang paling tinggi akan menemukan seseorang manusia pada asas dan terasnya yakni agama(nilai Tauhid).

Firman Allah yang bermaksud:

“Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang mengatur pertukaran malam dan siang. Apakah kamu TIDAK BERFIKIR mengenainya?”(al-Mukminun:80)

Dalam konteks ini Imam Ibnu Kathir telah berkata:

“Sebahagian Ulama berpendapat, sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang-bintang, bulan dan matahari yang beredar di atas paksinya tanpa henti, kemudian memerhatikan laut yang mengelilingi tanah daratan, kemudian melihat bumi serta gunung-ganang yang tertancap di atasnya, kemudian memerhatikan sungai yang mengalir, disamping pelbagai haiwan serta tumbuh-tumbuhan akan memperoleh BUKTI mengenai KEWUJUDAN Tuhan Yang Maha Pencipta lagi Maha Agung dan Maha Bijaksana”

Hakikatnya Alam ini adalah karya Tuhan yang sentiasa berinteraksi dengan manusia. Agar manusia memaknakan KEWUJUDAN, KEHEBATAN DAN KEAGUNGAN Allah, Maha Pencipta.

Monday, November 1, 2010

HANYA SEKEPING LIDAH

Mencari-cari penjodoh bilangan yang sesuai untuk ‘Si Lidah’. Sehelai, sebuah, sebatang dan sepucuk antara yang dicadangkan, namun sekeping jua yang saya rasekan sesuai. Yup, biarpun ‘sekeping lidah ’ juga bukannya penjodoh bilangan yang tepat; bukan itu fokusnya. Soalnya ‘peranan’ yang dimainkan lidah oleh kita. Sama ada kita menjadi ‘tuan’ kepada si lidah ataupun si lidah menjadi tuan kepada kita, yang be'Raja'kan nafsu dan ber'Tuhan'kan iblis dan syaitan.


Mengumpat, fitnah dan kejian seakan ringan diungkapkan. Tanpa rasa bersalah,apatah lagi menyesal. Bahkan diri rela menjadikan nafsu sebagai tuan kepada lidah. Dipacunya tanpa ‘Guideline’ daripada ‘Tuntunan Wahyu’ , akibatnya menjadi penyebab derita dan penyebar azab.


Kerana lidah persahabatan semakin utuh dan erat. Kerana lidah juga persahabatan menjadi seteru berdekad lamanya. Kerana lidah, Nikmat Syurga menjadi ganjaran. Kerana lidah jualah, Azab Neraka menjadi balasan.


RENUNGAN

Daripada Sahl bin Saad: Rasulullah saw bersabda ”Sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjadi apa yg berada di antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada antara kedua kakinya (alat kelamin) maka aku jamin syurga kepadanya” (Bukhari: 314 dan Tarmizi:2408)


Daripada Malik bin Dinar: Rasulullah saw bersabda ”Apabila engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada tubuhmu dan kesempitan rezekimu maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata sesuatu yang tidak berguna bagimu” (Minhajul Abidin, hal-139)


Daripada Abu Said al-Khudri: Rasulullah saw bersabda ”Bila pagi telah tiba seluruh anggota badan anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya berkata: Hendaklah engkau (wahai lidah) bertakwa kepada Allah mengenai kami. Kami ini (anggota badan) tergantung kepadamu, jika engkau lurus, maka luruslah kami dan jika engkau bengkok, maka bengkoklah kami." (Tarmizi:2407)-Lihat Sahih al-Jami’:351)

Followers

 
Powered by Blogger.