Friday, October 29, 2010

MILIK KITA SEMUA




PENGHALANG

Jika kita bukan PESIMISTIK. Maka tidak sesekali kita memandang sesuatu hanya pada sudut Negatifnya. Cuma kekadang ‘mengeluh’ di saat diri diuji dengan mehnah maha dahsyat. Kita hanya insan biasa, namun tak selamanya kita terbiasa dengannya, hingga kita digelar insan ‘luar biasa’ yang terbiasa dengan perkara biasa(ujian sama yang berakhir dengan kekalahan).


Ya, sepatutnya kita menilainya sebagai tanda ‘Cinta’ Maha Pengasih pada hambanya ‘Yang Terpilih’. Saat diri hampir berputus asa; diri begitu sensitif dan mudah hilang kepercayaan. Mungkinkah juga pada Sang Pencipta??. Ujian tidak lah seberapa. Namun keluhan dan cacian bukan kepalang,akibat diri terbiasa ‘manja’. Manja dengan kelebihan Nikmat tanpa Syukur; bila Penjara bertukar Syurga . Juga bila Virus ‘Cintakan Dunia’ bersatu dengan roh dan hati. Mangeluh dan mencaci? Pada siapa? Yang Menguasai Takdir atau diri sendiri yang gagal mentadbir?




TEMPAT MU DISINI

Usah di ucapkan kata-kata putus asa. Usah dicaci akan kelemahan diri. Usah ditangisi kekalahan yang lampau. Makin kuat kita meratapi kesedihan lalu, makin kuat ia menghalang kita. Sebagai halangan pada Kejayaan kini dan selamanya.

Takkan lagi kita ucapkan:

“I want to go far2 away….aku give up!!!!”


Ucapan sedemikian dilafazkan berkali-kali tika kita dikuasai dua Entiti Berpuaka; ‘Kekecewaan’ dan ‘Kebimbangan’.


Kekecewaan melanda bilamana Matlamat jauh tersasar dari jangkaan kita. Atau impian tidak kesampaian. Juga usaha selama ini disia-siakan dengan kegagalan sebagai natijah. Kebimbangan ‘overdose’ memainkan peranan disaat tiada kebergantungan harap pada Yang Memberi. Yang ada hanya pengharapan sesame makhluk yang rapuh sama sekali.


Mahu kemana lagi?. Usah dibimbang suatu hari nanti kita akan dibawa pergi sebagai pengakhiran juga permulaan yang kekal selamanya. Soalnya kini kita masih disini dan mahu melarikan diri daripada apa dan siapa?. Insan yang mana yang bebas daripda ujian?.


Sekarang berhenti berkhayalan, disini tiada ‘Time Machine’ yang boleh membawa kita ke zaman lampau. Yang berkemungkinan dapat memperbaiki kesilapan lalu. Berkesempatan memanfaat kan ruang waktu yang disia-siakan dulu. Atau masih berfantasi mahu mahu menjadi ‘bayi’ yang bebas daripada ujian menghimpit. Jika begitu kita telah mengsia-siakan ruang dan peluang yang berbaki. Jadi, sekarang manfaatkanlah waktu yang ada.



Sahabat-sahabat,


Tanpa sedar dan tanpa sengaja, berapa kalikah Kalimah, “Aku mahu segera BEREHAT” terpacul dari mulut kita? Atau paling tidak pun terdetik dihati kita?. Kalimah yang terbit akibat trauma dan fobia dengan taklifan(amanah) yang betimbun-timbun. Ujian dalam perjuangan itu memang teramat PENAT. Tidak dapat dinafikan. Namun ia akan menjadi NIKMAT bilamana perjuangan dimulai dan diakhiri pula dengan IKHLAS padaNYA semata-mata. Hanya mengharapkan REDHA dan PERHATIAN dariNYA. Bukannya kata-kata pujian dan dipuja sesame hamba.


Tidak malukah kita sebagai sebaik-baik Umat yang disebut didalam Al-quran. Tapi ‘self-performance’ jauh sekali tersasar dari ‘Content’ dan ‘Context’ Kalam tersebut?. Dan dengan penuh ragu-ragu kita ‘mengiyakan’ dalam nafi. Mengiyakan dengan bicara lisan. Menafikan dengan hati yang terkunci kemas. Terkunci daripada Kebenaran.


Ayuh, sudah hentikan semuanya. Masih belum terlambat untuk mulakan semula. Melakar KEJAYAAN yang sememangnya MILIK KITA SEMUA.


“Yup. I’m here. My ‘Amanah’ is here. But my ‘Goal’ is there”

“Never give up till the end. Smile”



MATALAMAT KITA MASIH JAUH, PERJALANAN KITA MASIH PANJANG DAN AGENDA KITA MASIH BANYAK

Tuesday, October 26, 2010

BERSUA LAGI


Detiknya tiba lagi. Biarpun tidak diundang, hadirnya wajib 'Diraikan'. Anda bersedia atau tidak, namun anda akan melihat natijahnya; pada sekeping kertas. Tangisan kegembiraan tanda syukur atas ganjaran usaha atau esakan penyesalan yang anda pilih??. Yang pasti, tiada belas kasihan pada mereka yang berlengah2, malas dan suka beralasan.

Persiapan Rohani, jasmani, emosi, ilmu dan material kita gandakan disaat2 akhir. Moga2 kejayaan yang menyambut kita dan bukan nya kegagalan yang mengheret kita.

Kawan-kawan,

Sepapan Quiz, Selonggok Asignment, timbunan Projek & presentation, tak lupa jua Sederet Mid Term & Test telah kita harungi. Maka, Di Kau yang kami tunggu2 dan akhirnya kamu kunjung tiba. Wahai, En. Final Exam!!!

Pesanan khas buat FB, Dota, Football Manager, FIFA & Sniper; jangan kamu ganggu aku dan kawan2 dalam tempoh ini. Kami tak mau diganggu!!. Tapi kami yang selalu menggangu kamu…Weee~*

Paling penting solat di awal waktu. Tidak sesekali ‘Subuh Gajah’ dan pantang sekali ‘Subuh Dinasor’. Perlu ingat, Allah Pemilik segala2 nya. So, dekatkan diri dan berDoalah padaNYA.

Syukran, tq, arigatou & mekacih to all my Beloved Lecturers.

Gud luck, gambatae dan wat exam molek2 to all my frenz.

***************************************************************

Dan yang pasti kali ini kita akan bersua lagi pada kali ini, biarpun pada waktu & nama yang berbeza:

27/10 ~ Calculus II

30/10 ~ Data Structure & Algorithm

2/11 ~ Ethics & Fiqh For Everyday Life

8/11 ~ Web Programming Fundamental

9/11 ~ Elementary Statistic

10/11 ~ Digital System Fundamental

15/11 ~ Software Engineering

16/11 ~ Kelik Klate. Heee~*


“DOA + USAHA + TAWAKKAL + REDHA”

Monday, October 11, 2010

IBARAT BANDUL


WHAT YOU GIVE , YOU GET BACK

Kata-kata nasihat itu boleh dibaratkan sebagai bandul. Bandul itu yang dihayung, maka bandul itu jugalah yang kembali. Sekuat mana yang kita hayungkan, sekuat itu jualah ia kembali. Nasihat itu bukan untuk siapa-siapa, malah menjadi iktibar buat yang menuturkannya. Sebanyak mana yang dituturkan, sebanyak itu jugalah kita diuji. Kalimah tuntutan pembuktian pada kata-kata, membongkar siapa kita.


Bukan hanya beretorik, tapi dipinta untuk dibuktikan. Bukan hanya ada kata-kata, tapi perlu ada pada praktikalnya. Bukan sekadar kata-kata manis tapi pahit dan kelam di hati si pengungkap. Bukannya ringan di mulut tapi hatinya keberatan.


TETAP KEMBALI

Sejauh mana kita berkelana, sejauh mana kita meninggalkan. Namun yang pasti kita tetap kembali kepada kehadrat Ilahi.


Kita tetap disini. Selagi belum dijemputNYA. Usah mengalah, usah menyembunyikan diri. Malah bertekad menghadapi semua itu. Walaupun pahit untuk ditelan, walapun pedih untuk diterima, walaupun berat untuk ditanggung. Hakikat kebenaran tetap tidak dapat diselindungkan. Perancangan dan percaturan Allah siapa tahu.


Yang pasti matlamat kita masih jauh, perjalanan kita masih panjang dan agenda kita masih banyak.


“Never Go Far2 Away, Never Give Up”


Kecuali KEMATIAN itu datang menjemput. Maka jauh sekali kita dibawa pergi

Followers

 
Powered by Blogger.