Saturday, September 18, 2010

MARA KEHADAPAN


Terus mara kehadapan. Nostalgia hitam yang lalu biarkan ia sebagai sejarah yang mematangkan kita. Sebuah medium koreksi diri. Usah biarkan ia menjadi tragedi yang mengahantui setiap gerak langkah kita. Dengan kembali kepada kesedihan masa lalu, bererti kita menyediakan ruang keresahan masa sekarang dan akan datang. Kesedihan lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar kegembiraan sekarang.


Membuka kembali kelemahan yang lalu hanya merosakkan suasana yang ada dan menyiakan perjuangan yang selama ini yang sudah dilakukan. Kelemahan yang lalu sudah luput kerana ia telah kita perbetulkan. Maka, ia telah menjadi suatu kekuatan waktu sekarang.


Kritikan yang benar dan pedih yang dihujankan kepada kita, anggaplah ia sebagai penghargaan daripada mereka yang begitu cakna dengan gerak geri kita. Teguran daripda Ilahi melalui hamba-hambaNYA yang terpilih. Syukur, masih ada yang begitu sayang dan tidak sanggup melihat kita daripada tersasar jauh.


Mengharapkan penghargaan dan ucapan terima kasih merupakan penantian yang sia-sia . Malah, kita telah menyiksa diri kita lantaran terlalu mengharapkan keduanya. Suatu yang tidak pasti dan susah diramalkan, suatu misteri tidak terungkaikan. Maka, persiapkanlah diri kita kepada yang jelas dan pasti.


Kita seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, luput dari penglihatan. Sehingga kita lupa mengsyukuri apa yang ada di hadapan kita. Kita terus-menerus dikuasai perasaan sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki sejambak kebaikan, dan pelbagai kenikmatan lainnya. KalamNYA sentiasa memotivasikan kita.


“Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memerhatikannya?”

(Adz-Dzariyat: 21)

Friday, September 17, 2010

SkEtSa AiDiLfiTri 2

12th, Bonda, 9th, 11th & 10th. hoho, mase brlalu dgn pantas. Masih kuingat sewaktu ketika dahulu kita pernah bersame main 'decok ambak', 'main nusuk(nyorok2)' , 'coh(galah pnjang)' dan byk lagi memori kite bersame. Skrg kecuali aku, sumenye tlh berkeluarga. InsyaAllah, moga2 bahagia dgn pasangn masing2.



Hoho, 'Makan Besar'. Iftar sefamili mmg besh. Dibahagikn kpd 3 Grup; Geng Lelaki, Geng pompuan & Geng Kanak2 riang. Kelihatan kakak ke-9 begitu cakna trhadap kebajikan kami sume. Berasak2 semasa beriftar mengajar anda erti kesabaran.



Solat berjemaah sumber kekuatan jiwa, ukhuwah yg utuh dan len2(xse goreng2 eh). Hak pada Yang Esa same sekali tidak boleh diabaikan. Malah, keberkatan pada keluarga brgantung sejauh mane hbgn dgn Allah. Alhamdulillah setiap malam pada hari2 di syawal, Allah telah prmudahkn kami utk solat berjemaah.


Seusai solat berjemaah. Kami sekeluarga same2 solat sunat hajat. Mohon hajat ditetapkan iman, persaudaraan yang utuh dan dimurahkan rezeki. Kemudian, bacaan yaasin dan tahlil khas buat Ayahanda, Hj. Wan Ismail dan saudara2 seakidah telah pulang mengadap Ilahi. Sambil menunggu waktu Isyak, sedikit selingan 'Sharing Moment' diadekn.


Abg ke-7 sbg pemerhati & advisor kpd 'Special Game' utk si kanak2 riang. Dari duk asyik main PS jer baik men game2 camni plak. Kan3x.


Pergh...Main Carom brsame abg2 & abg2 ipar. Menang atau kalah tak penting tetapi, keterikatan ukhuwah itu yg lebih bermakna. Even, hanya sehelai papan karom dan buah karom srta 'ko' nya namun ia sbg wasilah antara kami.

Berkelah dan bermandi-mandi bersame famili. Sebenarnye, bekalan air di rumah 'habis stok'. Huhu, 'Water Suply' xdpt menaggung, Bonda, 12bradik, 1o ipar & 25 kanak2 Riang sekaligus. Pastikan amek nombor dlu sblm mggunakan tandas. Yang pasti ia seronok....~~*
Tapi kami tdk menagih janji kosong 'Bekalan Air Bersih' dari Awang Adek. Wakaka

Wednesday, September 15, 2010

SkEtSa AiDiLfiTri


Salam daripada keluarga besar Allahyarham Hj. Wan Ismail Bin Wan Mahmood dan Hjh. Fauziah bt Awang.
Hoho, apabila 3 generasi dpt brkumpul bersama. Rumah yg luas bagaikan 'Tin Sardin'. Di mana2 saje ceruk rumah pstinyer de org. Alhamdulillah, inilah antare 'Keberkatan' yg Allah kurniakn buat hmbe2 NYA. Moga2 sumenye adlh dlm kalangn zuriat yg soleh & solehah. InsyaAllah.


My Beloved bro's and Bonda. Che wah..'Silver Band' tp de jer yg xikut warna tema tahun ni. Hoho 'Q' mengikut turutan. 5th, 6th, 7th, Bonda, 8th, 10th, 12th.


'Geng Married'. Hoho nmpknye aku xmasuk geng ni lagi tahun ni. La Tahzan, even aku yg masih single drpd 12. InsyaAllah disane telah trtulis Wanita Solehah buat pasangn Dunia & Akhiratku. Cume soalnye belum tibe waktunye lagi. Alhamdulillah kecuali aku, kesumenye tlh brjaya dlm krjaya masing2. Moga2 ikatan persaudaraan kita sume utuh hgga ke akhirat...Aminn



Aha, ni pula 'Geng Kanak2 Ribena'. Huhu plbagai lapisan masyarakt. Kate org 'Productive Family'. Juga sdg menuggu 2 lagi 'Anak Buah' baru, on da way..InsyaAllah tahun depan. Maka, brtambah beratlah lagi tugas aku sbg 'Pok Su'.



'Karaoke Competition' di rumah abgku, di wakaf baru. Lelaki & 18 tahun keatas layak utk menyertai prtandingan ini. Aku xjoin, sori xbrminat. Bakat de...tp bg can kt org len la plak.



BBQ di kala malam hari dihadapan Teratak Hj Wan Ismail. Hanye 60% shj ayam & daging brjaya di bawa keatas. Yg len, entah..xdpt dikesan..hoho


Alhamdulillah sempat braye dgn seorg shbt. Sekian tidak ketemui. Br 'posing' didpn rumah En. Afiq@Epik. Moga2 Ukhuwah kita dibina diatas akidah yg Sahih, maka kekallah ukhuwah kita hgge ke akhirat sane.







RiJaL88
Rabu, 15/9/10
UIAM Gombak

Sunday, September 5, 2010

AYAHANDA

SUSUK TUBUH ITU

Aku masih ingat lagi akan susuk tubuh itu.

Garisan kedutan di mukamu bukti begitu banyak perjalanan hidup yang kau tempohi. Tanganmu yang kasar sebagai saksi hidup ini bukan tempat bersenang-lenang, namun satu kehidupan pengabdian. Pada usiamu, sepatutnya kerehatan yang dibutuhkan padamu. Namun itu bukan pilihan mu. Ibadat dan bekerja perlu digandakan sebagai bekal terakhir bertemu denganNYA.

Tulang empat keratmu makin menghampiri tarikh luputnya. Namun tiada tanda untukmu melabuhkan ‘tirai pekerjaan’ walhal amaran bahaya berkali-kali dibunyikan. Tetap teguh tubuh yang senja itu terus beramal dan bekerja.

Akhirnya aku mula memahaminya. Kerehatan merupakan mudarat padamu. Matlamat dan prinsip hidup adalah sinergi yang terus menggerakkan tulang empat keratmu. Lansung tiada keluhan kepenatan yang kau ucapkan. Sebaliknya kalimah ‘Hamdalah’ yang diucapkan.

Sungguh, itulah susuk tubuh yang tak kan aku lupakan. Bahkan masih hangat di hatiku. Masih segar difikiranku.

Ayahanda, sungguh aku rindukanmu. Rindukan bau tubuhmu. Ingin sekali aku mencium tanganmu. Mahu sekali memeluk tubuh tuamu. Dan dahagakan doa daripada seorang bapa. Anakmu ini masih kehausan nasihat dan pedomanmu. Ingin sekali aku bercerita padamu. Tentu sekali banyak yang aku ingin kongsikan bersamamu.

Namun, Takdir dan Tadbir hak mutlak Allah.


SEBUAH KEPASTIAN


Tanggal 2 Syawal 1427H, Abah dijemput mengadap Allah yang Maha Agung. Penguasa hidup dan mati makhlukNya. Kepasrahan mengatasi kesedihan. Jangan ditangisi melampaui batas, kerana kematian itu adalah suatu kepastian. Usah diratapi pemergian, kerana ia sebuah jemputan ke kampung halaman. Kematian permulaan episod baru, lembaran baru dan alam yang dijanjikan untuk semua pasti tiba.

Sekujur tubuh yang terbujur kaku. Jasad kian hilang hangatnya, kesejukan pula yang menusuk. Saat dikau menghembuskan nafasmu, disamping anakmu. Aku menyaksikan kalimah syahadah yang terakhir kau ucapkan. Penyaksian hamba kepada Allah Yang Esa, juga penyaksian Muhammad pesuruh Allah. Seukir senyuman, menyaksikan ganjaran yang dijanjikanNYA. Moga-moga kau bersama-sama mereka yang soleh.

Doa anak yang soleh yang kau dambakan. Doa anak soleh yang mendoakan keampunan, rahmat dan keselamatan mu di alam sana. Doa yang menjaminmu disaat tiada penjamin disisi. Amalan yang dijanjikan oleh Rasulullah disaat nyawamu tiada lagi dimuka bumi ini.



AL-FATIHAH BUAT AYAHANDA HAJI WAN ISMAIL BIN WAN MAHMOOD DIJEMPUT ILAHI
TANGGAL 2 SYAWAL 1427/ 26 OKTOBER 2006




RiJaL_88
IIUM GOMBAK
AHAD, 5 September 2010
12.00PM

Followers

 
Powered by Blogger.