Sunday, May 30, 2010

KUPASAN FORUM 2012: WILL THE WORLD SHUT DOWN


KONSPIRASI DI SEBALIK KONSPIRASI
Salam Konspirasi,
Pada satu ketika, Rasulullah s.a.w telah bangun di khalayak ramai, dan telah menyebut tentang kebesaran Allah s.w.t dengan selayaknya, dan menyebutkan tentang perihal Dajjal Al-Masih dengan sabdanya:
" Daku memberi amaran kepada kamu tentangnya yakni Dajjal dan tiada satu nabi pun yang tidak memberi amaran kepada umatnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya tentangnya, tetapi daku memberitahu kamu satu kenyataan yang tiada seorang Nabi pun yang tidak mengingatkan kaumnya. Kamu haruslah ketahui bahawa ia adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu."
( Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).
Tuan Khalid(1st speaker) atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Tuan Haji@Abang Khalid’ telah memberi komentar berkenaan persoalan, “Siapakah Dajjal Dan Agen-agennya? Disebalik Signifikan 2012?”

Disebalik 2012
1) Menurut kajian sains, yang benar dan hampir pasti berlaku pada 2012 adalah fenomena galaktik iaitu jajaran sistem solar kita akan selari dengan pusat galaktik cakra suria. Fenomena ini hanya berlaku pada setiap 26,000 tahun.
2) Kaum Maya telah mengetahui tentang fenomena ini pada tahun 600 SM lagi. Bermula dari kaum proto Maya – Olmec sehingga pada kaum Aztec. Bayangkan sebelum kebangkitan nabi Isa as, mereka telah memiliki kemahiran ilmu astronomi yang tepat?
3) Gambaran keseluruhan kemusnahan dunia dalam filem “2012” dan filem “Knowing” (lakonan Nicholas Cage) bermula dengan kemusnahan matahari ia bertepatan dengan hadis Nabi SAW tentang tanda besar terjadinya kiamat, iaitu apabila matahari terbit dari barat.
4) Agama dan kepercayaan purba seperti Hindu (Kali Yuga kalender), Hopi (Red Indian di Arizona), Dogon (kaum asli Afrika) dan I Ching ( kalender purba China) turut mengandungi ramalan kemusnahan yang akan terjadi pada 2012. Apakah ia satu kebetulan? Hanya Allah ‘Penguasa Takdir’
5) 21 Disember 2012 jatuh pada hari Jumaat. Pengarah filem 2012 Roland Emmerich sengaja memilih 21 Disember 2012 sebagai tarikh kemusnahan bertepatan dengan hadis kiamat.
6) Dalam filem 2012 Presiden kulit hitam adalah Presiden Amerika yang terakhir. Realitinya kini?
7) Apa yang disebut dalam kitab purba Maya bukanlah kemsunahan dunia atau kiamat pada 2012, tetapi muncul zaman dan Era Baru pada 2012(New World Order)- 1 Undang-undang, 1 Negara, 1 Agama, 1 Kuasa. Siapa Dalangnya? Dajjal?Yahudi?
Menjadi persoalan,
Apa yang mereka ramalkan? -hentaman Meteor sehingga mencetus ledakan nuklear+++ kemunculan planet X-Nibiru sehingga mengubah atmosfera bumi+++ tsunamiMega sehingga menjungkar balik sebahagian daratan +++ super storm melanda dan memusnah+++jajaran galaktik=Amargeddon…Adakah ini yang dimaksudkan;



Persediaan SQ, IQ, EQ
Pada permulaan bicara, beliau menekankan aspek persediaan Iman dan pengukuhan Taqwa (SQ) sebagai benteng yang kukuh. Hanyasanya Iman dan Taqwa merupakan senjata yang paling ampuh dalam menghadapi Fitnah Dajjal dan konspirasi agen-agennya. Beliau menyarankan agar kita sentiasa mempertingkatkan amal ibadah, tajdid Iman selain mengamalkan membaca surah al-Kahfi seperti yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w sebagai perisai menghadapi fitnah-fitnah Dajjal.
Mengkaji sejarah dan mempertingkatkan pembacaan juga senjata intelek(IQ) dalam menghadapi mehnah dan konspirasi di akhir zaman ini. Buta ilmu dan tumpul informasi lebih memudahkan musuh untuk mengeksploitasi kita. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana kejahilan dan kedangkalan ilmu kita. Kita melihat secara realiti bahawa umat Islam kini dilabel sebagai sebagi umat yang malas membaca. Sekaligus menjadi ‘Taboo’ dalam mengebalikan kegemilangan generasi terdahulu.
Merentas zaman, Islam satu ketika dahulu memerintah dua pertiga dunia (zaman Sulaiman Al-Qanuni), keadilan yang ditawarkan agama sebenar dari langit itu telah memayungi umat Islam dan melindungi non-Muslim hampir lebih dari 14 abad lamanya. Namun akibat kelemahan iman (SQ), kesatuan (EQ) dan ilmu (IQ) umat Islam di penghujung hayat khilafah Islam, akhirnya tampuk pemerintahan dunia telah beralih pada gerakan Yahudi antarabangsa sehingga ke saat ini.


Rijal88

Thursday, May 13, 2010

BERJIWA SINGA ATAU BERJIWA SESUMPAH

“1 AKIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, ISLAM DIUTAMAKAN”


Saya cukup kagum dengan pendirian berani Perdana Menteri Turki, Receb Tayyip Erdogan yang telah memberi amaran jika tindakan keras Zionis berterusan berlaku di bandar al-Quds akan menyebabkan keseluruhan rantau tersebut terbabit sama. Apa yang lebih menarik beliau juga memberi amaran bahawa usaha Zionis untuk menjejaskan kestabilan di rantau tersebut akan menyebabkan akibat yang tidak baik. Amaran tersebut sekaligus memberikan signal yang tegas terhadap pendatang haram Zionis bahawa umat Islam tidak selamanya boleh disiat-siat semahunya.




Difahamkan amaran ini dikeluarkan oleh beliau ketika berucap semasa sidang luar biasa bagi jawatankuasa eksekutif Persatuan Parlimen Pertubuhan Negara Islam yang memulakan sidangnya di Istanbul pada hari Isnin yang lepas(10/5).


“Sebab utama penubuhan Pertubuhan Negara Islam ialah kebakaran yang berlaku di Masjid al-Aqsa pada tahun 1969 sambil menegaskan kedudukan tinggi yang dimiliki oleh al-Quds dalam hati setiap muslim di dunia.”- Erdogan


Saya kira hingga kesaat ini belum pun ada lagi mana-mana pemimpin kerajaan(Islam) yang berani meyuarakan bantahan mereka secara terang-terangan dan hanya berani berbisik, “OIC~Oh I See”. Realitinya rata-rata mereka tanpa segan silu untuk sujud menyembah keEgoan bangsa yahudi(Zionis), bermakna menghalalkan perlakuan Zionis terhadap saudara mereka sendiri. Malah menjadikan mereka sebagai Idola dan sahabat karib sehidup dan semati.


Saya yakin dan percaya mereka yang berjiwa singa tidak selamanya membiarkan umat Islam terus diratah dan diperkosa dengan rakusnya. Dan mungkinkah ‘Turki Uthmaniyyah Ke-2” semakin menampakkan sinar kebangkitannya di ufuk Turki?. Dan bayangan Sultan Salahuddin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh juga menaungi Erdogan dalam kepimpinannya? Perlu diingat masa depan Islam merupakan amanah kita semua dan perlu jelas “Islam Is My Way Of Life” dan “Muslimeen Are Brotherhood” bukan hanya pada slogan yang perlu dikosmetikkan, namun perlu dipraktikkan secara komprehensif.


“1 KEHANCURAN: MAKSIAT BERTEBARAN, DOSA USAH DIPEDULIKAN”


Senario lain pula yang berlaku di Malaysia apabila kerajaan meluluskan dua agenda gejala social(Judi hala & Konsert 12 Jam) yang pastinya memberikan impak yang negatif kepada rakyat di negara ini. Justeru jauh sekali bagi mereka membicangkan solusi yang efektif bagi membantu sahabat-sahabat seakidah di Palestin. Yang kedengaran hanyalah NGO yang tegar membantu umat Islam disana.


Saya melahirkan kebimbangan bahawa tindakan kerajaan telah menghalalkan aktiviti yang haram itu akan membarah, misalnya untuk jangka masa panjang Kumpulan Berjaya(syarikat yang diberikan mandat penuh untuk mengkoordinasikan aktiviti ini) akan memohon logo halal pula dari Jamil Khir atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang berada di bawah bidang kuasanya. Maka tidak hairan suatu masa nanti media-media di Malaysia akan dipenuhi oleh iklan-iklan judi ‘Halal’ menurut pandangan mereka.


Agak menyedihkan apabila yang meluluskan lessen tersebut diketuai oleh orang Islam sendiri. Tidak susah sebenarnya untuk orang Islam memusnahkan Islam itu sendiri. Hanya di hujung jari mereka. Orang-orang yang meluluskan juga tidak memandang kepada kehidupan seterusnya. Sedar tidak sedar ini merupakan pengorbanan besar pemimpin Melayu Islam untuk agamanya.


Saya menegaskan kita perlu menentang perkara ini. Namun hakikatnya kita bersendirian tidak mampu menghalang orang Islam mengetuk kaunter TOTO dan 4-D, meminta dihulurkan beberapa keping kertas putih dan bersinar matanya mengharapkan ‘Tuah Haram’. Sebagai permulaan marilah sama-sama kita menyatakan bantahan kita:

Jom turun berdemo. Bantah ‘1 Judi’ dan konsert ‘1 Maksiat’.



Sahabat-sahabat sekalian, kejatuhan islam dan penhinaan yang berterusan terhadap umat Islam adalah akibat daripada tangan-tangan kejahilan dan kedangkalan akal kita semua lantaran tidak mengambil iktibar daripada sejarah yang lampau. Dan saya tidak menafikan terdapatnya konspirasi dan kerjasama erat antara musuh-musuh Islam bagi melumpuhkan kita semua. Namun perlu diingat, kekuatan mereka hanya berdiri di atas kelemahan kita semua. Ya, mereka memanfaatkan ‘Sunnatullah’ bagi mengalahkan kita.


Rijal 88

UIAM GOMBAK


Tuesday, May 11, 2010

BALA DEMI BALA: KONSERT 12 JAM TANPA HENTI

KONSERT 12 JAM TANPA HENTI


Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang tercinta. Belum pun lagi ‘Bala’ yang bakal melanda rakyat Malaysia, apabila Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 mengganas dengan rakusnya. Senario lain pula, kita bakal disajikan dengan santapan enak hiburan yang terlampau apabila konsert 12 jam tanpa henti diluluskan, yang mana ia akan dilangsungkan dari jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini. Dan yang pasti kita akan disajikan dengan ‘Menu Utama’ iaitu artis R&B popular Pitbull.


KELULUSAN BERLANDASKAN SYARAT?


S
aya memetik kenyataan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) berkata; agen artis yang berkenaan harus menandatangani surat persetujuan untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk mengadakan persembahan di negara ini



"Antara yang terpenting dalam peraturan ini ialah melarang sebarang tingkah laku, percakapan, lirik lagu dan juga pakaian yang mengaibkan atau bersifat lucah."

"Pitbull berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan, percakapan dan berpakaian yang tidak senonoh jauh lagi menyanyi lagu-lagu berunsur lucah,"


Sejauh manakah Pitbull dapat berjanji untuk mematuhi peraturan tersebut, lebih-lebih lagi unsur Pitbull mengarah ke situ? Dan sejauh manakah KPKK dan pihak penaja dapat mengawal suasana?. Barangkali dapatkah pula sasaran utama iaitu golongan belia dapat menahan nafsu muda yang sentiasa menboncah daripda membuas?


HIBURAN MENGHALALKAN CARA?


Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi. Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi.


Juga bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan kepada jenama minuman keras? Penaja dan tema utama Konsert 12 Jam ini ialah LIVE WITH CHIVALRY. Penaja utama ialah jenama arak CHIVAS REGAL. Untuk acara ini menggunakan nama samaran LIVE WITH CHIVALRY.

Kita sedia maklum bahawa antara lagu hit Pitbull ialah ‘Hotel Room Service’, ‘I Know You Want Me’. Ini bermakna Pitbull sudah semestinya mempersembahkan kedua-dua lagu ini di pentas konsert. Bayangkanlah muda-mudi kita berhibur sambil menyanyikan lirik tersebut dengan penuh penghayatan dan kekhusyukan selama 12 jam tanpa henti sambil dikelilingi oleh pergaulan bebas lelaki dan perempuan, saya yakin dan percaya sudah pasti menimbulkan rangsangan sesama mereka.


Saya mengajak anda semua untuk menilai petikan lirik dua lagu Pitbull ini:

(1) Budaya seks bebas dan menggalakkan sesi seks beramai-ramai.

Forget about your boyfriend

And meet me at the hotel room

You can bring your girlfriends

And meet me at the hotel room (x2)

Bring your girls, whatever the night

Your man just left, I'm the plumber of the night

I'll check your pipes, oh, you're the healthy type

Well, here goes some egg whites

Now gimme that sweet, that nasty gushy stuff

Let me tell you what we gon' do

2 plus 2, I'm gonna undress you

Then we're gonna go 3 and 3,

you gon' undress me

Then we're gon' go 4 and 4,

we gon' freak some more, but first

(Lagu: Hotel Room Service)


(2) Menggalakkan budaya hisap ganja dan pengambilan dadah sebagai rekreasi

I Smell That Sticky Icky

Who Got That Sticky Icky

I Got That Sticky Icky, Icky, Icky

Who Got That Sticky (Me Too)

U Know Tha Drill

Break It Up

Roll It Up

Light It Up

Smoke It Up

Now Puff, Puff Pass Wit Yo Punk Ass

U Messin Up The Rotation

That Thang There Burnin Fast

This Ain't A Joke, Stop PlayinMessed Up

High As A Kite

Now Roll The Next One

And Pass Me The Light

Cuz We Ready (Fa Sho)

Ready (To Go)

Ready (To Blow)

Let's Roll It's Heavy Cake And Druggin It

So Heavyweight We Smuggle It

Puff, Puff Pass Wit Yo Punk Ass

(Lirik lagu Sticky)


Konsert dinamakan '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei ini dijadual berlangsung di Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Jom beramai-ramai memeriahkan lagi konsert ini, jika anda tidak kenal dosa dan pahala, haram dan halal serta syurga dan neraka.


“(BEER): BEGINNING ENJOY, ENDING REGRET”



Wednesday, May 5, 2010

CELIK MATA, BUTA HATI


Kelihatan seorang penduduk Palestin begitu sedih melihat masjid yang terbakar di perkampungan Ash-Sharqiya di selatan Nablus, Tebing Barat,PALESTIN.

Inilah tindakan biadab kali kedua dalam tempoh dua minggu.

Dilaporkan pendatang haram Yahudi disyaki membakar sebuah masjid di utara Tebing Barat sebelum fajar semalam, tindakan kedua mencemar masjid dalam tempoh dua minggu. Masjid itu terletak di Lub-ban ash-Sharqiya kira-kira 10 kilometer selatan Nablus, sebahagian besarnya musnah dalam serangan, kata Datuk Bandar, Jamal Daraghma.


Jika kita masih ingat Disember lalu, penduduk haram Yahudi merosakkan satu lagi masjid di utara perkampungan Tebing Barat di Yasuf, membakar Al-Quran dan menyembur mesej kebencian dalam tulisan Yahudi. Insiden itu mencetuskan pertempuran di antara penduduk dan tentera Israel. Seorang budak lelaki 17 tahun di penempatan Yahudi berhampiran kemudian ditahan

"Masjid dibakar tanpa kita rela, meninggalkan solat berjemaah kita relakan"

CERITA LAMA YANG SAMA




Namun, kita? masjid dan surau hanya tersergam indah. Karpet dan seramik diimport, betapa menunjukkan Islam mementingkan keindahan dan kesenian. Namun pabila seruan dilaungkan hanya Imam, Bilal dan Siak yang istiqamah membarisi saf-saf. Bahkan program-program berbentuk spiritual dilihat mandul sama sekali. Yang menarik masjid menjadi port utama sebagai sumber internet, sudah tentu laman sosial menjadi pilihan.

Sedih dan Marah apabila Masjid dibakar, Islam dihina dan Rasulullah dicaci? Tapi sahutan 'Hayya 'Ala Solah' tidak kita sahuti. Seruan Rasulullah menuntut kita solat berjemaah; kita butakan mata hati, pekakkan telinga dan kaki menjadi lumpuh serta-merta. Tidak marah dan sedihkah kita apabila kita sering mencari alasan untuk tidak menunaikan solat berjemaah.

Kita sepatutnya memahami seruan nabi yang bermaksud:

”Solat berjamaah itu lebih utama daripada solat bersendirian dengan mendapat lebih dua puluh tujuh darjat”


Sedar tidak sedar kitalah suspek utama berlakunya penghinaan terhadap Islam bilamana solat berjemaah sebagai sumber kekuatan dan kesatuan kita abaikan

Followers

 
Powered by Blogger.