
Saya tertarik dengan tema “Berakhirnya Agenda Zionis” bersempena dengan Konvensyen di PWTC sabtu lalu. Pada saya, tema tersebut mampu mengubah perspektif kita semua mengenai Zionis. Ironiknya, sebelum ini minda kita telah dimomokkan dengan kekuatan Zionis yang secara tidak langsung melemahkan pemikiran dan pergerakan umat islam. Hakikatnya Zionis telah lama memanipulasikan propaganda media yang dikuasainya untuk menanam kegerunan seluruh umat terhadap kuasa mereka.
Tidak keterlaluan jika saya mengatakan Zionis seakan berjaya mengelabui pandagan dunia dalam menjustifikasikan kwujudan Negara Israel melalui propaganda tragedi “Holocaust”, penipuan sejarah dan fakta dan artifak-artifak arkeologi.
THE GREATER ISRAEL
Antara elemen penting dalam agenda Zionis ialah mewujudkan “The Greater Israel” atau Israel Raya. Projek trsebut merangkumi seluruh kawasan diantara Sungai Nil di Mesir dengan Sungai Euphrates yang merentasi bumi Iraq dan berpusat di Baitul Maqdis. Malahan agenda ini begitu signifikan dalam keseluruhan agenda Zionis sehingga mereka mnjadikan bendera Negara Israel dilambangkan melalui “Star of David” di antara dua garisan biru.
Sebenarnya Israel Raya telah mula dicanangkan semasa “Persidangan Zionis Sedunia” di Basel, Switzerland pada tahun 1897 oleh Theodore Hertzl. Namun persoalannya; Adakah Zionis telah berjaya merealisasikan Projek Israel secara Total? Berjayakah mereka melumpuhkan kebangkitan Mujahidin Palestin dan di seluruh dunia? Berjayakah mereka mengabui masyarakat dunia tentang jenayah perang yang sedang dilakukan mereka? Bahkan hingga ke saat ini, Israel masih digelar sebagai penjajah, perampas hak dan pembunuh kejam. Pada saya, agenda Israel Raya akan gagal dan berakhir , malah saya meyakini bahawa penubuhan Negara Israel itu sendiri masih belum berjaya.
SUNNATULLAH MENGATASI SEGALANYA
Kita pasti menyaksikan Yahudi di medan-medan lain juga akan tercabar satu-persatu. Lihat sahaja krisis ekonomi dunia baru-baru ini telah membuka minda masyarakt dunia seterusnya mempersoalkan ‘Sistem Kapitalis’ yang selama ini didokong oleh Yahudi. Kita juga menyaksikan semakin banyak tumpuan yang diberikan kepada Sistem Ekonomi yang berlandaskan Syariah Islam.
Umat Islam di Palestin telah melaksanakan jihad mereka. Mereka sanggup mengorbankan harta, nyawa dan kepentingan peribadi mereka semata-mata mempertahankan Akidah dan Tanah Suci umat Islam. KITA?.jpg)
Home » Archives for May 2009
Monday, May 11, 2009
ZIONIS DI AMBANG KEHANCURAN
Saturday, May 2, 2009
MEREKA YANG TERGESA-GESA
Alhamdulillah pada malam tadi saya diberi kesempatan oleh Allah untuk bersua muka dengan seorang ulama dari Maghribi Sheikh Sidi Ahmad bin Muhd Al-Hadi Al-Maliki Al-Maghribi Al-Hasani di Hulu Langat, Selangor. Pertemuan yang singkat tersebut memberikan 1001 makna, masakan tidak jarang sekali berpeluang dapat berjumpa dengan mereka yang alim dan dekat dengan Allah. Rentetan daripada itu timbul beberapa persoalan yang memaksa minda ini untuk terus berfikir tentang halatuju kita yang sebenar setelah berbai’ah dengan Allah sebagai ‘Ansarullah’ yang mewakafkan diri, harta dan masa ke jalan Jihad ini.Selain itu persoalan lain yang timbul, adakah intima’nya golongan muda dilapangan ini tidak didasari dengan kefahaman yang jelas akan tetapi dipandu oleh semangat jiwa muda semata-mata?
DARAH MUDA YANG AGRESIF
Saya maksudkan di sini bahawa sebahagian mereka yang baru sahaja berintima’ di Medan ini seringkali mahukan suatu perubahan yang drastik tanpa mengmbilkira pelbagai aspek termasuk peringatan dan pengalaman mereka yang lebih senior dalam medan ini. Meraka seringkali dengan lantang mengkritik golongan yang lebih senior dengan kritikan yang meruntuh tanpa mengusulkan pandangan dan cadangan yang boleh dimanfaatkan semua.Ya, memang tidak dinafikan bahawa golongan ini penuh dengan semangat yang meluapkan-luap yang sedikit-sebanyak membantu kerja-kerja pengislahan umat.
Sebenarnya, Sedar tak sedar ramai di kalangan para da'ie termasuk diriku yang digelar berdarah muda masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti. Sebagai contoh memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuhi. Ya, mereka seolah-olah belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Bahkan mereka belum benar-benar mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta, masa dan jiwa raganya.
Seadr tak sedar hal ini menyebabkan para da’ie sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat. Lebih malang mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang dan fitnah yang memperlambatkan kelancaran da’wah.
Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari bahu mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar,blog-blog, web-web dan majalah, atau menyampaikan khutbah yang begitu jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap. Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan ialah apabila terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu jama’ah Islam dan terzahir kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan hanya mengangkat dan memajukan jama’ah itu....!
Saya tidak ragu lagi bahawa mereka itu adalah para petugas yang BARU tertegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum lagi betul-betul intima’ ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…!
.jpg)


